Hiburan
Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?
Pelakon, Sarah Hildebrand baru-baru ini telah memuat naik gambarnya yang kembali bertudung dan bersama seorang jejaka ‘mat salih’.
Foto yang dikongsi itu juga merakamkan Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Hildebrand, 34 tahun, mempamerkan cincin berwarna hitam di jari manisnya seolah-olah memberi bayangan dirinya sudah berkahwin di Amerika Syarikat.
Hanya meletakkan emoji pada kapsyen tersebut, ramai peminat dan selebriti mengucapkan tahniah Sarah serta mendoakan yang terbaik buatnya.
Antara komen yang diberikan adalah:
“Tahniah Sarah!”
“Tahniah Sarah dah menikah. Semoga berbahagia dan dikurniakan zuriat yang comel amiin”
“Tahniah Sarah, Semoga kekal hingga ke jannah,” komen dari peminat dan selebriti.
Terdahulu, Sarah pernah mencetuskan kontroversi apabila dia memutuskan untuk tidak berhijab lagi selepas berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina-Amerika, Otto Gilen.
Dua tahun kemudian, Sarah berhenti memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial dan memilih untuk tidak mengulas mengenai status perkahwinannya.
Pada tahun 2022, dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari industri lakonan dan berhijrah ke Amerika Syarikat.
Pada Julai 2022, dia secara rasmi menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).