Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”

Umirah Halim 07/05/2024 | 00:55 MYT
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Terbaharu, Sarah telah mengulang siar video aktres Ruhainies yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Fiziwoo pada Isnin.

Ruhainies temubal

Menerusi hantaran tersebut, Sarah seakan menyindir tindakan aktres sensasi, Ruhainies yang tenang menampilkan diri kepada pihak media untuk sesi temubual di sebuah acara selepas sekian lama membisu.
“Lepas aku post pasal lari dari wartawan tiba-tiba ada interview. Hahahahahahaha,” tulisnya dengan nada sindiran.
Sementara itu, menerusi hantaran yang lain juga Sarah turut berkongsi kata-kata ringkas dengan menyebut “fake a** bit*h”.

Tuju siapa?

Bagaimanapun, maksud sebenar yang ingin disampaikan dan kepada mana pihak yang ingin dituju tidak diketahui.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan. Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Tidak terhenti di situ, kemelut antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut turut mendedahkan beberapa tangkapan skin layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Bella.
Tidak lama kemudian, Ruhainies menerusi muat naik di Instagram membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella dan ingin menamatkan sengketa antara mereka.
Selepas itu, Aliff pula muncul dalam sebuah podcast The Common Folks SG dengan menceritakan kronologi yang berlaku membabitkan beberapa pihak termasuk Bella, Sarah Yasmine dan Muaz Zabir.

Berita Trending: Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella…

Berita Trending: "Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima…
#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Sarah #Sindir #Yasmine
;