Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

Mya Amri 25/07/2024 | 06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.

BERITA TRENDING: “I Berlakon Dengan Sathiya, Ebby Yus. Takkan Dia Nak Jealous? Dia Memang Suruh Buat Lawak Aje,” Shiera

Belum kuat untuk pandu kereta

Bagaimanapun kata Sathia, dia masih belum mempunyai kekuatan untuk memandu kereta selepas serangan itu.

“Saya okey dan sihat, belum mati lagi. Cuma mengalami serangan angin ahmar ringan saja.

“Kaki dan tangan kanan saya mengalami serangan angin ahmar ringan, tapi semuanya berada dalam keadaan baik. Saya masih buat bergerak seperti biasa, cuma agak terbatas.
“Sejak dibenarkan pulang ke rumah saya belum boleh memandu kereta lagi sebab belum kaki kanan belum kuat sepenuhnya.
“Cuma jangan risau saya baik-baik saja dan sudah boleh meneruskan aktiviti kerja seperti biasa,” katanya ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis Ke Poket Artis di Shah Alam pada Khamis.

Enggan susahkan mana-mana pihak

Dalam pada itu, pelakon berusia 62 tahun ini memaklumkan dia tidak mahu membebankan mana-mana pihak meskipun diuji dengan kesakitan ini.
“Saya tidak harapnan duit sesiapa. Saya ada duit simpanan sikit untuk meneruskan hidup.
“Duit banyak mana pun, tetap tiada gunanya. Selagi masih ada kudrat untuk bekerja, saya akan teruskan.
“Anak-anak pun sudah besar dan bekeluarga. Saya kini hanya perlu kerja untuk menyara isteri saya,” ujarnya.
Masih perlu lakukan pemeriksaan berkala
Kata Sathia, selepas ini dia juga perlu kerap melakukan pemeriksaan kesihatan atas nasihat doktor.
“Waktu kejadian, saya dan isteri tengah menikmati sarapan tiba-tiba saya rasa macam seperti ‘cramp’ di bahagian kaki. Selepas itu terus saya pergi ke hospital.
“Kena buat ‘follow up’ dan doktor ada berikan ubat untuk saya. Ini kali pertama saya kena, harap juga yang terakhirlah.
“Doktor nasihat untuk saya duduk rumah, banyakkan rehat, makan dan tidur. Itu sahaja. Tak ada pantang larang, semua boleh makan,” jelasnya
Terdahulu anak sulung kepasa Satha iaitu Vickynesawwry Nayar memaklumkan bapanya itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah dipercayai berpunca daripada serangan berkenaan.

BERITA TRENDING: Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua - "Allah Dah Tarik Nikmat Suara ..."

BERITA TRENDING: Terlantar Sakit Akibat Angin Ahmar, Anak Amran Tompel Terharu Ramai Prihatin Keadaan Bapa

BERITA TRENDING: "Mula-Mulanya Mengadu Kebas Tangan & Lenguh Badan" - Izam EYE Diserang Angin Ahmar!

#Pelawak #Sakit #Angin Ahmar #Sathia
;