Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya & Alif Dalam Keadaan Baik-Baik Saja" - Aisyah Hijanah Minta Henti Sebarkan Hal Rumah Tangga

Amri Hassan 01/12/2023 | 01:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah memohon orang ramai agar berhenti menyebarkan hal berkaitan rumah tangganya bersama Alif Teega.

BERITA TRENDING: Rakaman Suara Didakwa Milik Aisyah & Alif Yang Sedang Bergaduh Tersebar? – “Hari Ni Abang Akan...

Begitupun, Aisyah yang akhirnya bersuara berkenaan pelbagai spekulasi rumah tangga mereka menegaskan hubungannya bersama suami masih harmoni.
"Saya maklum mengenai beberapa hal yang telah pun leak dan diketahui umum.
"Pertama, saya tak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.
"Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, untuk berhenti daripada berkongsi kerana hal ini akan bertambah teruk.
"Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut internal. Buat masa ini, saya dan Alif dalam keadaan yang baik-baik saja," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Dalam perkongsian sama, dia turut menitipkan permohonan maaf sekiranya hal rumah tangganya mencetuskan perdebatan sehingga menganggu emosi ramai.
"Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana sepanjang isu ini terjadi ia telah mengganggu kesejahteraan mental, emosi kalian semua.
"Kami doakan agar kita semua dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman.
"Terima kasih kerana telah mendoakan yang terbaik. Semoga segala doa kebaikan yang kalian ucapkan akan pulang kepada kalian semua," tambahnya.
Dalam pada itu, Aisyah mengambil tanggungjawab atas penularan laporan yang didakwa kesan akibat dipukul seperti sedang hebat diperdebat di media sosial ketika ini.
"Saya perlu bertanggungjawab bagi pihak klinik dan laporan ini bukan disebarkan oleh pihak klinik," jelasnya.

BERITA TRENDING: Klinik Beri Kenyataan Rasmi, Netizen Laju Komen - “Jadi Rekod Kesihatan Aisyah Tu Betul Lah Kan?”

Sejak kelmarin, tular salinan laporan perubatan yang mendakwa Aisyah cedera pada bahagian lengan, muka dan teliga akibat dikasari suami.
Terdahulu, rumah tangga pasangan itu menjadi bualan ramai selepas Alif mengaku berkahwin kali kedua dengan seorang wanita dipercayai pekerja syarikatnya.
Pengakuan tersebut mencetuskan kemarahan ramai yang tidak bersetuju dengan cara Alif berpoligami apatah lagi Aisyah kini hamil lima bulan.

PILIHAN PEMBACA: Lagi Pendedahan! Individu Dakwa Kakak Kandung Fatin Umaidah Dibuang Keluarga Sebab Tak Setuju...

#Kontroversi #Pukul #Rumah tangga #Perubatan #Poligami #Alif Teega #Laporan #Aisyah Hijanah #Klinik
;