“Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan
Komposer, penulis lirik dan penyanyi Ajai mendedahkan inspirasi sebenar di sebalik lagu ciptaannya, Pulangkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah Tok Ram Pun Pernah Alami Kejadian ‘Pelik’!
“Ketika itu, Datuk Paduka Suhaimi Baba datang kepada saya. Dia kata, dia mahu tugaskan saya supaya mencipta lagu supaya audiens kasihankan pontianak.
Pontianak
“Waktu itu saya agak kaget sebab orang akan lari bila nampak pontianak, bukannya kasihan,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama
Anggota kumpulan Exists itu menjelaskan, dia akhirnya berjaya mencipta lagu nyanyian Misha Omar itu menerusi rakamana-rakaman filem yang diberikan sebagai rujukan, selain imaginasinya tentang pontianak.
Pokok
“Menerusi potongan-potongan visual Pontianak Harum Sundal Malam yang telah mereka rakam, saya dapat melodi itu. Saya bayangkan pontianak sedang berbuai dekat pokok ara sambil menyanyikan melodi lagu Pulangkan.
ARTIKEL BERKAITAN: "Luar Biasa Ni" - Ah Sudah, Netizen Seriau Mata Datin Shahida 'Berdarah' Dah Macam Pontianak?
“Sudah pasti lagu-lagu yang bakal dipersembahkan kelak bakal diberi nafas baharu dan susunan muzik baharu.