BERITA
"Saya Belajar Dari Kesilapan, Tak Nak Much Of Exposure This Time" - Bella Dally
Pelakon Bella Dally mengakui dirinya lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin pada 31 Mac lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Bella menjelaskan dia tidak mahu terlalu mendedahkan tentang kehidupannya bersama suami di media sosial.
"Memang sengaja tak nak update sangat life after marriage pun. I'm being more protective this time.
"Saya belajar dari kesilapan. Tak nak much of exposure this time.
"I feel I'm more private about it, but somehow I'm more open. Tak tahu macam mana nak explain," tulisnya.

Bella atau Nabilah Ali Dally, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.
Must-Watch Video