Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara

Amri Hassan 06/07/2022 | 01:25 MYT

Pelakon Datin Seri Noniswara tampil berkongsi luahan rasa kecewa apabila statusnya dan gelaran Datin Seri dipertikaikan.

Tegas Noniswara, 53, dia bukan isteri kedua dan gelaran tersebut sah digunakan sepanjang tujuh tahun perkahwinan bersama suami, Datuk Seri Dr Sheikh.
"Zarina bermadu. Dan madu pun sangat baik. Saya tidak bermadu. Saya bukan gila title. Bukan syok sendiri macam dorang.
"Dari suami dulu pun saya dah Datin. So apa yang hairan sangat? Sememangnya perkara sebenar.
"Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang dan masa pergi ambil pingat saya yang bersama. Pergi istana dan majlis rasmi atau tak rasmi saya sentiasa bersama," tegasnya menerusi hantaran di Instagram Stories pada Selasa.
Difahamkan, Noniswara berkongsi tangkap layar daripada hantaran sesi soal jawab seorang pengguna yang membandingkannya dengan pelakon Zarina Zainuddin dan menyentuh isu hormat isteri pertama.
"Suka tengok dia tapi itulah, lain orang lain cara. Tapi my mom cakap tak apalah. Biarlah dia nak ambil title tu. Dia suka macam tu. Baik kan my mom bersabar? I je menggelabah overprotected mama. Jadi bergembiralah dengan title itu ye," demikian tulis hantaran individu terbabit.
Kata Noniswara lagi, suaminya sudah lama berpisah dengan bekas isteri terdahulu dan difahamkan hubungan mereka sudah sedia bermasalah sebelum mereka berkenalan.
"Yang sana dah lama pun berpisah. Cuma tak declare. Suami dari dulu cakap dah berpisah. Sebelum saya wujud pun katanya dah 10 tahun tak tidur bersama.
"Cuma anak-anak tak boleh terima hakikat. kalau mereka ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan raya ketiga. Just ambil hati anak-anak. Suami saya serba-salah.
"Anak-anak sengaja ambil gambar bersama kononnya mereka keluarga bahagia. Nak tunjuk pada kawan-kawan dan followers.
"Hakikatnya tidak. Nak saya cerita apa lagi. Suami saya pun pening dengan anak yang seorang dua yang degil dan suka melawan. Anak-anak lain baik saja," ujarnya.
Biarpun sudah lama berdiam diri, Noniswara kerap diasak dan diganggu oleh individu yang digelarnya 'budak jongos' itu.
"Saya bukan meroyan tapi saya terpaksa berterus-terang di sini. Dah lama mereka kurang ajar dengan saya. Dah lama saya berdiam diri. Suami saya pun sampai penat. Jadi sekarang kita bersuara dia kata kita meroyan pula.
"Untuk pengetahuan, budak jongos tu adalah kebencian suami saya. Suami saya selalu mengadu dan stress dengan yang seorang ni. Bergaduh dengan mak-mak saudara dan semua orang. Tak ada seorang pun boleh nasihat si jongos ni," tambahnya.
Untuk rekod, Noniswara pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan dengan suami pertama dikurniakan tiga cahaya mata.

#pelakon #Kahwin #Viral #Isteri Kedua #Budak Jongos #Datin Seri #Datin Seri Noniswara
;