Hiburan

“Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak” - Myra Natasha

Umirah Halim
12/05/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak”  - Myra Natasha
Anak kepada penyampai radio, Halim Othman, Myra Natasha menggesa bapanya untuk tampil beri penjelasan mengenai isu penukaran nama di surat kelahirannya.

Myra harap bapa berhenti

Menurut Myra, dia memilih untuk lantang ke hadapan pihak media dan berkongsi perkara ini agar bapanya itu berhenti melakukan apa-apa tindakan tanpa perbincangan bersamanya lagi.
“Apa yang saya buat daripada pendedahan ini adalah untuk dia berhenti buat apa yang dia suka sewenang-wenangnya.
“Apa yang dia tak nak cerita itu hak dia jadi tapi apa yang saya nak tekankan ini apa yang dia buat ini salah, apa yang dia buat ini tak betul dan saya juga pernah minta mak saya untuk ubah dia tapi tidak dilayan.
“Selama ini dia tak nak jadi seorang ayah bagi saya takpe tapi saya pelik kenapa tiba-tiba dia nak buat benda ni, apa motif? Kenapa dia nak buat benda ni?
“Jadi sekarang ni kenapa saya dedah kat media saya hanya mahu ayah saya berhenti. Kalau tak macam-macam lagi nanti dia buat,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Beri ayah masa satu minggu

Katanya lagi, dia hanya memberikan masa selama satu minggu kepada bapanya untuk memberikan penjelasan kepadanya dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan.
“Apa yang saya nak adalah dia tukar balik maklumat dekat surat beranak tu, sebab ini adalah salah. Benda ini beri kesan pada kehidupan saya, identiti saya.
“Saya bagi dia satu minggu untuk ubah benda ini, betulkan perkara ini dan say sorry to me,” tambahnya lagi.
Pihak Gempak bagaimanapun cuba untuk hubungi Halim Othman untuk mendapatkan responnya mengenai isu ini namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan.
Difahamkan, Myra dan bapanya juga kini tidak lagi tinggal sebumbung.
Sebelum ini, aktres Myra Natasya membuat pendedahan di Mstar mendakwa ibu bapanya itu tidak pernah berkahwin seperti yang dihebahkan.
Katanya lagi, selama ini dia terpaksa merahsiakan perkara tersebut untuk menjaga nama baik dan imej bapanya yang merupakan seorang penyampai radio.

Berita Trending: Selepas 14 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Raja Azura Kahwin Semula?

Berita Trending: "Aku Takkan Pernah Halalkan Dunia Akhirat, Apa Yang Kau Buat Kat Isteri Aku!" - Aliff…
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar