Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Saya Maafkan Dia" - Jue Aziz Tak Kisah Usahawan Wanita Berpurdah Menyamar Dirinya

Amri Hassan 10/02/2021 | 00:51 MYT
Pelakon Jue Aziz memohon orang ramai agar tidak mengecam tindakan seorang pengasas produk kecantikan, Nur Qaseh Aleeya yang dituduh menyamar sebagainya dengan berpurdah.
BACA: "Pakai Niqab Tapi Kaki Nampak Tak Pakai Stoking" - Video Tular Di Twitter, Jue Aziz Sudah Berpurdah?
Kata Jue, dia tidak mengambil isu terbabit sebagai hal yang serius asalkan ia tidak mencalarkan namanya.
"Jangan kecam wanita itu yang menyamar sebagai saya. Kasihan dia, mungkin suara dia serak-serak basah tapi tak sama seperti saya.
"Tak mengapa, ia tak mendatangkan keaiban pada saya. Bagi saya, okey saja melainkan ada yang menyamar dan buat benda tak baik," katanya menerusi sesi siaran langsung Instagram pada Selasa.
Tambah Jue, dia turut bersimpati dengan kecaman yang diterima pengasas produk kecantikan Diamond Gold Beauty itu.
"Saya baca komen-komen di Twitter ada yang kecam pasal pemakaian stokingnya.
"Rasanya dia sudah jelaskan dia memang pakai stoking berwarna kulit. Korang ni betul netizen suka cari kesalahan.
"Jangan kecam atau body shaming dia. Saya maafkan dia," ujarnya.
Bagi Jue, tidak salah untuk seseorang mencuba meniru gaya individu yang diminatinya termasuk dirinya yang sering terikut-ikut dengan gaya Ratu Rock Ella.
"Di luar sana kalau nak menyamar pun menyamarlah. Setiap orang apabila dia meminati artis, dia akan cuba menyerupai atau tiru gaya artis itu. Tak salah pun.
"Contohnya, saya minat Ella dan suka tiru gaya dia.
"Kepada wanita tersebut jangan bimbang, fikir positif dan terima kasih kerana membawa nama saya ke arah lebih baik.
"Sama-sama kita doakan ke arah kebaikan," tambahnya.
Tular baru-baru ini di media sosial apabila seorang wanita berniqab yang memiliki suara serak-serak basah mengiyakan dirinya dipanggil Jue Aziz.
Hal itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat setia pelakon itu dan menganggap cuba menumpang popularitinya.
#Viral #Jue Aziz #Menyamar #Nur Qaseh Aleeya
;