Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Saya Mahu Besarkan Aaisyah Dengan Cara Diidamkan” - Che Ta Tolak Dakwaan Anak Perempuannya Dilahirkan Dalam Dulang Emas

Ainun 17/12/2024 | 02:55 MYT

Pelakon, Rozita Che Wan menafikan dia tidak pernah mewahkan anak-anaknya terutama sekali, Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Rozita atau mesra dikenali sebagai Che Ta berkongsi dirinya akan berbelanja pada anak-anaknya mengikut kemampuan kewangan mereka.
Jelas Che Ta, dia tetap menafikan pendapat orang ramai bahawa anak perempuannya itu tidak dilahirkan dalam keadaan ‘Dulang Emas’.
“Aaisyah bukanlah anak orang kaya. Dia tidak dilahirkan dalam dulang emas.

“Kalau saya, saya bukanlah datang dari golongan orang kaya. Saya mahu besarkan Aaisya dengan cara yang diidamkan oleh semua orang,” katanya.

Cara yang seimbang

Berbeza dengan suaminya, Zain Saidin, yang juga seorang pelakon, memilih untuk mencuba gaya hidup sederhana seperti orang biasa.

Hal ini kerana suaminya dilahirkan dalam keluarga yang berada. Oleh sebab itu, Aaisyah berpeluang merasai dua gaya hidup yang berbeza.
“Beza dengan Zain, dia dari keluarga orang kaya dan ingin cuba cara orang biasa.

“Kami sebenarnya balance dalam membesarkan Aaisyah,” kongsinya.

Sekadar info, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014.

BERITA TRENDING: Pengasas Jenama Mango Maut Jatuh Tebing, Tinggalkan Aset Cecah RM20 Bilion

BERITA TRENDING: 22 Tahun Dalam Industri, Fahrin Ahmad Tak Kisah Belum Terima Anugerah - “Syukur Masih Relevan…”

BERITA TRENDING: Hargai Buku Pink Demi Nyawa Ibu & Anak! - "Tak Kisah Benci Macam Mana Pun Pada Klinik Kesihatan ..."

BERITA TRENDING: Bekas Artikek Jual Nasi Kerabu Di Kota London - "Orang Sini Tertarik Dengan Warna, Kata Mereka Unik!"

#Aaisyah Dhia Rana #Anak #Che Ta #Zain Saidin #Rozita Che Wan #Kaya #Kehidupan #Kemampuan #Biasa #Besar #Orang
;