Berita
“Saya Mahu Wujudkan Versi Tamil” - Sam Lim Luah Hasrat Mahu Variasikan Konten TikTok
Pempengaruh media sosial, Sam Lim mempunyai perancangan untuk mewujudkan content creator berbahasa Tamil.
BERITA BERKAITAN: Cikgu Hiragi: "Bila Kau Buli Cikgu Yang Salah!" | Singgah Set
BERITA BERKAITAN: "Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday
BERITA BERKAITAN: Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."
BERITA BERKAITAN: Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’
Menurut Sam, jika sebelum ini akaun TikToknya dikenali dengan konten-konten berbahasa Melayu dan disusuli bahasa Mandrin, kini perancangan membabitkan konten dalam bahasa Tamil akan diwujudkan tidak lama lagi.
"Saya rasa tidak ada salahnya untuk saya adakan konten dalam bahasa Tamil memandangkan saya nampak ada juga pengikut saya dari kaum India.
"Orang untuk buat konten dalam versi Tamil juga saya telah jumpa. Harap ini dapat meriahkan lagi TikTok Saya," katanya ditemui Gempak.
Tambah Sam lagi, dia juga berasa tidak sabar untuk merialisasikan hasratnya memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan bahasa.
"Sebenarnya saya berasa sangat gembira dengan perancangan ini. Secara jujurnya, saya juga tak sabar nak merapatkan lagi hubungan antara kaum yang ada dalam negara kita.
"Jika perkara baik yang kita buat dan ada orang ikut contoh, sudah pasti kita jadi lebih gembira. Saya mahu lihat dulu flow penerimaannya bagaimana. Tapi saya yakin akan diterima,"jelasnya.