Sukan
"Saya Mampu Lakukan Apa Saja Termasuk Berlakon" - Jojo Ghazali
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, mendedahkan dia mampu melakukan apa sahaja selain daripada bertarung dalam gelanggang mahupun bertempur dengan bintang ternama dunia.
BERITA TRENDING: Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz
Ketika sesi perkongsian dalam program Khabib Nurmagomediv, The Path Of A Champion itu, atlet kelahiran Sarawak itu menegaskan daya pemikiran adalah perkara paling penting untuk melakukan apa sahaja.
"Sekiranya saya meninggalkan Muay Thai, saya tetap membuat yang terbaik dalam bidang yang berbeza dengan syarat haruslah mempunyai 'mindset' yang hebat.
"Secara jujurnya, saya takkan menghabiskan seumur hidup saya menyertai Muay Thai.
"Seperti Khabib pada usia 29 tahun sudah mencapai kesemuanya dan meninggalkan arena pertempuran.
"Mungkin saya akan mengikuti langkah yang sama dan menceburi bidang lakonan?," katanya.