Hiburan

“Saya Memang Nak ‘End Up’ Dengan Awak” - Harap Hubungan Sampai Ke Jinjang Pelamin, Ameera Khan Respons Dakwaan Jefri Nichol ‘Red Flag’

Ainun
09/01/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Memang Nak ‘End Up’ Dengan Awak” - Harap Hubungan Sampai Ke Jinjang Pelamin, Ameera Khan Respons Dakwaan Jefri Nichol ‘Red Flag’
Pempengaruh Ameera Khan berharap hubungan cintanya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, yang terjalin ketika ini akan berkekalan selamanya.
Dalam siaran langsung dari akaun Ellemekay.co, Ameera atau nama sebenarnya, Nur Ameera Khan, 25, dilihat mempromosikan produk pemerah pipi (blusher) sambil membuat panggilan telefon bersama kekasihnya, Jefri Nichol.
“Saya harap begitu, Insya-Allah, dan berdoa untuk terus bersama dengannya,” katanya dalam siaran langsung di TikTok.
Adik kepada selebriti Neelofa itu juga menyatakan hasratnya agar hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

“Insya-Allah, sayang. Saya memang nak ‘end up’ dengan awak,” ujar Ameera kepada Jefri.

Namun, dalam siaran langsung yang sama, Ameera menerima banyak komen daripada netizen yang melabelkan kekasihnya sebagai seorang lelaki ‘red flag.’
Pada masa sama, pempengaruh itu turut menyatakan dia lebih mengenali Jefri Nichol secara peribadi membuatkan dia lebih memahami perangai sebenar daripada orang lain.

“Dia playboy? Bagus! Lelaki kalau dia good looking, popular dan memiliki segala-galanya tetapi bukan playboy, saya akan lebih risau.

“Dia ‘red flag’? Saya nampak menarik dalam warna merah. Merah adalah antara warna yang sangat cantik.
“Saya boleh bergurau dengan semua komen anda sebab saya tidak mengambilnya secara serius sebab saya kenal dia secara peribadi tetapi anda tidak,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Barang Rumah Bakal Dilelong, Vida Tak Cepat Melatah - “Insya-Allah Saya Dipihak Yang Benar & Perkara Itu Tidak Akan Berlaku”

BERITA TRENDING: Baru Nak ‘Feeling' Macam Rose Blackpink, Netizen Pula Cakap Isteri Haqiem Rusli Macam Kak KM... Ini Respons Tuan Badan

BERITA TRENDING: Mira Filzah Bagi Pesanan Kepada ‘Penyondol’ - “Apa Yang Berlaku Akan Berbalik Pada Awak Semula”

BERITA TRENDING: 8 Hari Di Hospital Penuh Cabaran! Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Bersalin Czer - “Saya Jadi Panik & Fikir Akan Mati Kerana…”

Bagaimanapun, Ameera tetap menghargai keprihatinan semua pihak terhadap dirinya, namun dia menegaskan keadaannya baik dan selamat.
Sekadar info, khabar angin percintaan tentang Ameera dan Jefri Nichol mula hangat diperkatakan apabila gambar mereka berpegangan tangan tular di media sosial sebelum ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024