Laman Utama

“Saya Memang Sudah Di Cop Jahat. Saya Ok” - Shakilla Khoriri

Izwan Isa
21/07/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Memang Sudah Di Cop Jahat. Saya Ok” - Shakilla Khoriri
Pelakon Shakilla Khoriri kembali membuka mulut mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Shakilla menerusi kemas kini di Instagram berkata, dia berbuat demikian semata-mata demi anak serta air muka ibu dan bapanya.
“Saya minta maaf jika posting kali ni agak kasar dan akan mencetuskan banyak perkara, tapi demi anak dan air muka mak abah saya, saya berdiri untuk hadap semua ni dan clearkan najis yang seorang hamba Allah ini tinggalkan dalam kehidupan kami.
“Daripada niat untuk melupakan dan memaafkan aku jadi terpanggil untuk bangun dan bersuara untuk jelaskan kes bodoh yang dibangkitkan oleh individu kurang bijak. Tak tahu apa motif tapi aku boleh gelar dia sebagai pengecut!
“Jika berani menyebarkan cerita dan fitnah, kenapa tak berani tampil berdepan dengan semua orang dan hadapi kenyataan?” tegasnya.
Dalam masa sama, Shakilla turut meminta penyebar fitnah berkenaan untuk datang bertemu dengannya jika individu berkenaan berada di pihak benar.
“Kalau berani buat tahi, maka saya anggap kamu juga berani untuk tanggung risiko atas perbuatan kamu. Si penghantar e-mel, you start the game so let’s play.
“Even ramai Allah hantar dan temukan saya dengan ramai orang untuk bantu untuk trace individu di sebalik email yang menyebar fitnah dan mencuri gambar-gambar peribadi saya itu.
“Saya still nak minta bantuan semua untuk bantu saya untuk trace penghantar email ni, mungkin ada cara atau kenalan atau apa saja yang membantu saya untuk saya bersihkan nama mak abah dan anak saya. Saya tak mengapa.
“Saya memang sudah di cop jahat. Saya ok. Minta maaf semua dan thank you,” tutup Shakilla.
Terdahulu, Gempak melaporkan yang Shakilla berkata dia berasa yakin bahawa individu yang menyebarkan fitnah itu mengenali dirinya dan sengaja mahu menjatuhkan reputasinya.
Untuk info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun pasangan itu berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
BACA: Bercerai Bukan Erti Bermusuh! Ramai Salute Hubungan Baik Shakilla-Fizi Ali Demi Anak - "Ada Juga Manusia Panas..."
BACA: Shakilla Khoriri Sanggup Korbankan Hati & Perasaan Sendiri Demi Anak - “Aku Jahat Tapi Tak Pernah Ajar Ajaran Yang…”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar