,
Laman Utama

Shakilla Khoriri Sanggup Korbankan Hati & Perasaan Sendiri Demi Anak - “Aku Jahat Tapi Tak Pernah Ajar Ajaran Yang…”

Asyikin Mayudin
09/02/2023
03:50 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri mengakui anaknya Ameena Sofia tidak melalui perjalanan hidup yang indah seperti kanak-kanak lain mempunyai ibu bapa yang masih bersama.
Bagaimanapun Shakilla berkata dia sentiasa mengutamakan kehendak dan keperluan anak perempuannya biarpun dirinya tersakiti dengan orang sekeliling.
“Ya! Anak aku tak lalui satu perjalanan yang indah dan baik dari family yang parents nya bersama tapi setiap hari aku yakinkan dia yang dia lebih bertuah dari yang lain.
“Dia dapat apa yang dia nak kan. Aku cuba dapatkan apa saja yang dia nak selagi aku mampu. Aku susah hati kalau anak aku tak happy.
“Aku pura-pura happy walau kiri kanan orang menyakiti aku sebab aku kisah fasal hati dan perasaan anak aku. Aku letak diri aku bawah tapak kaki orang untuk dia,” katanya.
Menurut Shakilla, dia tidak pernah mengajar perkara buruk namun terpaksa akur dengan pergaulan dan segala apa yang dilihat anaknya.
“Tapi hari ini aku yakin, segala benda yang aku buat dah terlebih dari apa yang seorang anak perlukan dari parents. Ameena more than happy dengan kehidupan dia sekarang.
“Aku jahat tapi aku tak pernah ajar ajaran yang tak betul pada dia. Tapi aku terpaksa akur dengan pergaulan dan apa yang dia lihat dan dengar setiap hari.
“Kadang-kadang aku tak boleh kawal apa yang dia nak cakap atau buat. Aku bagi dia hidup dan bergaul ikut cara dia tapi always ada ya dan tidak,” ujarnya.
Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti Fizi Ali ppada 18 Februari 2018 namun mereka memaklumkan sudah berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dihalang Isi Minyak Kereta, Shakilla Khoriri Bengang Dituduh Warganegara Singapura Hanya Kerana No Plat Kereta - “Kereta Besar Otak Kosong”

gempak
06/11/2024
05:55 MYT
Menurut Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri individu tersebut telah memanggil pekerja stesen minyak berkenaan dan memberitahu jangan izinkan dia untuk mengisi minyak di stesen tersebut.
Terkini

Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”

gempak
22/10/2024
00:45 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan dia mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya selepas proses hadanah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Hiburan

Shakilla Khoriri Dedah Ada Pihak Tuduh Abai Anak Sampai Masuk Hospital - “Lawak! Manusia Hebat Tutup Kesalahan & Kebodohan…”

gempak
28/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri menegaskan dia tidak pernah menjadikan anaknya iaitu Ameena Sofia yang tidak sihat sebagai konten di laman sosial miliknya.
Hiburan

Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim - “Aku Percaya Doa & Aturan Allah…”

gempak
13/05/2024
08:21 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri melahirkan rasa syukur apabila mahkamah pada Isnin memutuskan hak hadanah interim untuk anaknya, Ameena Sofia berpihak kepadanya.
Hiburan

Fizi Ali Hairan Dengan Komen Netizen ‘Sound’ Isterinya - “Bini Aku Usik Kau Ke?”

gempak
06/03/2024
06:55 MYT
Netizen itu pun dah kenapa...
Unitar