BERITA
"Saya Nak Cium Pipi & Tak Ada Gaduh-Gaduh, Jangan Risau" - Abam Bocey Cari Individu Pertikai DNA Anak
Pelawak kumpulan Bocey, Abam mengakui ingin bertemu dengan salah seorang pengikutnya di laman sosial Facebook yang memuat naik komen menjijikkan mengenai anaknya yang baru dilahirkan Jumaat lalu.
Menurur laporan Harian Metro, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata, dia bersyukur ramai orang membantunya dalam usaha mengesan individu berkenaan.
"Saya ingin berjumpa sambil ngeteh (minum) saja. Lepas itu, nak cium pipi dan tak ada gaduh-gaduh, jangan risau.
"Syukur, ada kawan-kawan yang membantu walaupun akaun Facebook individu itu sudah dipadam.
"Kawan-kawan bantu beri maklumat dan saya juga yakin individu itu takkan lari ke mana pun," katanya.
Terdahulu, seorang individu yang menggunakan pengenalan diri Lau Kok Chan dengan status ‘sayangi Allah dan Rasul’ menulis komen meminta pemeriksaan DNA dilakukan terhadap anak sulung Abam sebaik pelawak itu berkongsi berita kelahiran bayi lelakinya di Facebook.
Pada Jumaat lalu, Abam melalui Instagram berkongsi berita gembira isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki kepada peminatnya.
Pasangan ini berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video