Berita

"Saya Nak Gaji RM3,500...Duduk Rumah Teres, Pakai Kereta Exora," - Aliff Syukri Tak Bahagia Hidup Mewah?

ZULHILMI JALIL
15/03/2020
22:46 MYT
Sponsor Banner
"Saya Nak Gaji RM3,500...Duduk Rumah Teres, Pakai Kereta Exora," - Aliff Syukri Tak Bahagia Hidup Mewah?
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.
Ini kerana, menurut Aliff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.
"Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.
"Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara," katanya kepada Gempak.
Bahkan, ketika ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini, katanya, dia mahukan kehidupan seperti orang kebanyakan.
"Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.
"Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula," luahnya.
Biarpun begitu, kata Aliff, setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.
"Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang.
"Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan bangkit," ujarnya yang kini muncul dengan single berjudul Cuba Bahagia.
Lagu tersebut dikatakan merupakan gambaran luahan perasaan hatinya yang sedih dengan apa yang dilaluinya kini.
Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi termasuklah isu pergolakan rumah tangga dan penderaaan kanak-kanak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar