Laman Utama
"Saya Nak Tolong Supaya Dia Tak Perlu Basuh Pinggan Di Kedai Makan Lagi" - DSV Mahu Hubungi Ashira & Bad Indigo
Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berhasrat untuk membantu penyanyi Ashira yang kini terpaksa mengambil upah basuh pinggan di restoran, tambahan suaminya Bad Indigo sedang jatuh sakit.
Menurut DSV, beliau sedih dan bersimpati mendengar kabar itu lalu meminta orang ramai menyampaikan kepada pasangan berkenaan tentang niatnya untuk menolong.
"Saya sedih dan turut bersimpati atas perkhabaran ini, Insya-Allah saya nak tolong.
"Ada sesiapa boleh bagi contact Ashira atau Bad Indigo? Saya nak tolong Ashira supaya tak perlu basuh pinggan di kedai makan lagi.
"Tolong sampaikan niat dan keprihatinan saya," kongsinya di Instagram.
Meninjau ruangan komen, netizen memberi reaksi berbeza, ada yang menyokong tindakan DSV, ada juga yang menyarankan agar DSV menyerahkan kerja itu kepada pembantu peribadi tanpa perlu menghebahkan di media sosial.
Sementara itu, Ashira yang juga bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) memaklumkan di Instagram Story bahawa pilihan untuk bekerja adalah dengan kerelaan dirinya sendiri, bukan disuruh oleh suami.
Katanya juga, dia tidak memerlukan bantuan dari sesiapa setakat ini kerana masih boleh berusaha sendiri.
Bagaimanapun menerusi pemerhatian Gempak, kenyataan itu ditulis Ashira sebelum DSV menyatakan hasratnya mahu membantu pasangan tersebut.
Terdahulu, Bad Indigo dilaporkan menjalani pembedahan membuang kelima jari kakinya akibat menghidap diabetes.
#Gegar Vaganza
#Datuk Seri Vida
#DSV
#Vida
#Diabetes
#GV7
#Ashira
#Bad Indigo
#Basuh Pinggan
#Kencing Manis