Laman Utama

“Saya Segan & Malu Nak Ambil Duit” - Bad Indigo Tak Sanggup Terima Bantuan? Masih Fikirkan Nasib...

gempak
Hanafis Haris
01/12/2021
01:26 MYT
Sponsor Banner
“Saya Segan & Malu Nak Ambil Duit” - Bad Indigo Tak Sanggup Terima Bantuan? Masih Fikirkan Nasib...

Biarpun diuji dengan penyakit diabetis serta memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU), penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad mengaku terbit rasa malu dan segan untuk menerima bantuan zakat daripada badan-badan kebajikan.

Menurut Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46,, walaupun layak berdasarkan status terkini, dia tidak sanggup untuk menerima bantuan kerana memikirkan terdapat ramai lagi golongan asnaf yang lebih memerlukan.

“Saya segan nak ambil duit yang tentunya ada asnaf lain lebih memerlukan.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor memang mahu mahu membantu.

“Saya ada luahkan perkara ini pada pegawai yang bertugas. Tetapi mereka ada kata, saya ini layak terima.

“Tetapi buat masa ini, saya tak mahu ambil lagi bantuan daripada kedua-duanya sebab masih mahu mencuba,” katanya.

Jelas Bad, zakat bukan hanya kepada fakir miskin sahaja, malah ia ada banyak lagi kategori.

“Dia (pegawai) beritahu supaya saya jangan risau, tetapi tak mengapalah.

“Jika saya sudah bersedia atau tiada langsung cara lain untuk hidup, mungkin saya akan hubungi mereka. InsyaAllah,” katanya.

Bad berkata demikian semasa ditemui di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Ahad lalu.

Turut hadir menemani Bad pada malam tersebut ialah isterinya, Ashira yang juga merupakan bekas peserta program GV untuk musim yang ketujuh (GV7).

Difahamkan, Bad sehingga kini masih perlu menerima rawatan di hospital secara berkala bagi membersihkan luka di kaki kiri selepas menjalani pembedahan membuang kesemua lima jari kakinya akibat diabetes.

BACA : Dugaan Baru Kahwin.. Ada Jangkitan Gangrene, Jari Kaki Bad Indigo Terpaksa Dibuang

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live