Hiburan
“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.
Jelas Rita, apa yang dilakukan sekarang hanyalah rutin biasa sepertimana ibu bapa lain dalam membentuk institusi kekeluargaan yang progresif.
“Sejujurnya, saya tidak ada tips. Saya macam orang lain juga yang sibuk mengurus persekolahan anak, hantar anak ke sekolah, sediakan kelas tuisyen, jika anak ada peperiksaan saya turut sama sibuk dan 'nervous' menunggu keputusan.
“Begitulah rutinnya, yang saya kira ibu bapa lain juga buat. Cuma mungkin, setiap orang itu berbeza pendekatan untuk dipraktikkan kepada anak-anak”, kongsinya kepada Gempak.
Bagi Rita, dia percaya tentang kebolehan anak-anaknya dan akan membantu mereka dalam apa jua keadaan.
“Saya selalu percaya pada kebolehan dan kemampuan anak-anak. Selagi mereka mampu buat, saya akan bantu mereka. Saya akan usahakan. Tapi, alhamdulillah, anak-anak saya sangat memahami”, jelasnya.
Baru-baru ini, putera sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin telah memecah rekod dalam pelumbaan acara 4x400m dalam kejohanan olahraga di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) dan kini dia sudah hampir menghafal 15 juzuk Al-Quran.
Beri Semangat
Selain itu, Rita turut menyatakan bahawa dia sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada anak-anaknya, biar seimbang sukan dan pelajaran.
“Sebagai ibu dan bapa, saya sentiasa menyokong apa yang anak-anak minat. Baik dalam pelajaran mahu pun sukan.
“Saya tidak sesekali menghalang keinginan mereka selagi perkara itu bagus dan memberikan manfaat. Bagi saya, tidak ada mana-mana ibu bapa yang tidak gembira jika anak mereka berjaya, begitu juga saya.
“Jadi, semangat yang lahir dalam diri anak-anak saya itu juga adalah semangat untuk saya," katanya.
Sentiasa ingatkan anak-anak
Ketika kejayaan anaknya dalam bidang sukan mendapat perhatian ramai, Rita sentiasa mengingatkan anak-anaknya bahawa bersukan merupakan salah satu proses pembelajaran, pendidikan paling utama.
“Saya sentiasa ingatkan aktiviti sukan yang mereka tempuh sekarang adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.
“Pendidikan tetap menjadi keutamaan mereka pada masa kini selain perkara asas yang sudah tentu tanggungjawab umat Islam iaitu agama”, ulasnya.
BERITA TRENDING: Digelar ‘Ikon Ibu Tunggal’ Oleh Netizen, Rita Rudaini Hanya Mahu Jaga Amanah Allah Dengan Baik - “Ada Ramai Lagi Wanita Seperti Saya Yang…”
BERITA TRENDING: “Semoga Saya Tak ‘Tumbang’ Sebelum Mereka Berjaya” - Luahan Rita Rudaini Untuk Anak Buat Netizen Sebak
BERITA TRENDING: Jaguh Pecut & Berjaya Dalam Pendidikan, Anak Rita Rudaini Mohon Doa Untuk Dapat Jadi Huffaz Al-Quran - “Saya Sudah Dapat Hampiri Hafalan Juzuk 15 & Perlu…”
BERITA TRENDING: Pecah Rekod Sekali Lagi, Rita Rudaini Luah Rasa Bangga Dengan Anak Sulung - "Mommy Bangga!"