Viral

"Saya Rasa Comel, Kulit Cantik" - Demi Muafakat, Ini Sebab Iqbal Zulkefli Cari Anak Angkat Berbangsa India

Amri Hassan
09/01/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Rasa Comel, Kulit Cantik" - Demi Muafakat, Ini Sebab Iqbal Zulkefli Cari Anak Angkat Berbangsa India
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli punyai pendirian tersendiri untuk mengambil anak angkat berbangsa India.

BERITA TRENDING: "Tiada RM50,000 Sebulan Saya Tak Boleh Jalani Kehidupan Seharian" - Iqbal Zulkefli

Jelas Iqbal, niatnya serius dan dia mahu setiap bangsa di Malaysia hidup bersatu-padu biarpun usahanya itu tidak besar impaknya.
"Memang seriuslah bukan untuk content, saya nak (bayi) secepat mungkin dan kalau boleh yang baru lahir.
"Kenapa India?, sebenarnya saya nak Melayu dan India bersatu. Saya pun tak asing dalam masyarakat India, malah keluarga saya pun ada berdarah India, Cina dan Thailand.
"Jadi, saya nak kita semua bersatu dan elakkan pergaduhan antara kaum. Mungkin agak jauh jawapan saya, tapi itu yang saya cuba kedepankan.
"Bagi saya, (bayi) India itu comel, kulit pun cantik," katanya kepada Gempak.

PILIHAN PEMBACA: Iqbal Harap Netizen Berhenti Panggil Anaknya Dengan Panggilan…

Justeru, Iqbal menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan sensitiviti bersifat perkauman selepas meluahkan hasratnya untuk mengambil anak angkat berbangsa India baru-baru ini.
"Saya minta netizen hentikan berkata-kata tentang India dan perkauman. Kita kan satu hati, ramai kawan-kawan saya pelbagai bangsa.
"Ada yang persoalkan, kenapa tak ambil anak-anak Palestin, ia tak semudah yang kita fikir, saya nak ambil anak angkat ini dari Malaysia.
"Berkenaan soal agama pula saya perlu merujuk kepada orang yang lebih pakar. Tapi, bayi yang saya cari ini yang tiada kaitan dengan ibu dan ayah lagi," tambahnya.
Melanjutkan bicara, Iqbal memaklumkan dia telah menghantar wakil ke pusat jagaan anak-anak yatim untuk membincangkan hasratnya.
Malah, ada pihak yang sudah menghubunginya untuk membantu mendapatkan bayi berbangsa India.
"Saya ada hantar wakil untuk ke pusat jagaan anak-anak yatim juga, cuma ia memakan masa dan prosesnya pun tak senang. Mungkin ada yang boleh bantu saya memudahkan urusan ini, sebab itulah saya kongsikan di media sosial.
"Dua hari lepas, ada yang menghubungi saya untuk membantu dan saya sedang uruskan," kongsinya lagi.
Terdahulu, Iqbal menerusi hantaran di media sosial menyatakan hasratnya untuk mengambil seorang lagi anak angkat yang berbangsa India.
Untuk rekod, Iqbal mengambil anak angkat pertamanya, Ziyad pada April 2022.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar