Laman Utama

Iqbal Harap Netizen Berhenti Panggil Anaknya Dengan Panggilan…

gempak
Asyikin Mayudin
19/09/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Iqbal Harap Netizen Berhenti Panggil Anaknya Dengan Panggilan…
Pempengaruh media sosial sensasi, Iqbal Zulkefli memohon orang ramai berhenti memanggil anaknya iaitu Ahmad Ziyad dengan gelaran ‘anak angkat’.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqbal berkata dia risau sekiranya anak kecil itu akan terasa hati jika dipanggil dengan gelaran tersebut.
"Saya tidak mahu orang menyebut Ziyad 'anak angkat' kerana dia sudah semakin mengerti. Tidak mahu dia terasa hati. Kita jaga perasaan dia," tulisnya.
Dalam hantaran sama, Iqbal turut mengimbau semula dakwaan netizen yang mengatakan tujuan dia mengambil anak angkat kerana mahu membuat konten dan meraih populariti semata-mata.
Bagaimanapun, hal tersebut seakan dinafikan pelantun lagu Hujan itu apabila dia menjelaskan sepanjang tempoh anak kecil itu di bawah jagaannya, dia jarang sekali berkongsi kepada umum.
"Terkenang suatu ketika ramai yang menuduh saya mengambil anak angkat hanya untuk konten dan meraih populariti.
“Hampir dua tahun Ziyad dipelukkan saya, ternyata tidak lebih 10 video Ziyad yang saya tayangkan di media sosial walaupun saya tahu kebanyakkannya mendapat tontonan satu hingga tiga juta.
"Tidak semua perkara saya paparkan pada umum. Hidup saya ada prinsip, tidak lebih 30 peratus saya paparkan kepada umum," kongsinya lagi.
Untuk info, Iqbal mengambil Ahmad Ziyad sebagai anak angkat pada April tahun lalu.
BACA SINI: Netizen Sokong Iqbal Kongsi Hal Kesuburan Lelaki - “Kebanyakan Lelaki Ada Masalah Kesuburan Tapi…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024