Laman Utama

“Saya Sedikit Trauma & Lebih OCD”- Rashidi Ishak Paranoid Selepas Kena Covid-19

Syafiqah Jalal
15/02/2022
07:23 MYT
Sponsor Banner
“Saya Sedikit Trauma & Lebih OCD”- Rashidi Ishak Paranoid Selepas Kena Covid-19
Pelakon Rashidi Ishak akui lebih paranoid dalam menjalani rutin harian selepas dijangkiti virus Covid-19 sekitar Disember tahun lalu.
Menurut Rashidi, 48, selepas dijangkiti virus itu ketika menjalani penggambaran drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin, dia lebih bersikap Obsessive Kompulsif (OCD).
“Terus-terang saya berasa sedikit trauma dan paranoid menjalani kehidupan seharian. Malah saya rasa saya lebih OCD sehingga ke mana-mana sahaja pasti akan membawa ‘sanitizer’.
“Saya juga menjadi takut untuk bergaul atau keluar ke mana-mana. Saya hanya keluar untuk pergi kerja dan terus pulang ke rumah. Sehinggakan saya takut dan belum bersedia untuk bercuti ke mana-mana,” katanya.
Rashidi ditemubual ketika sesi virtual sidang media drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin,semalam.
Penggambaran drama bersiri itu terpaksa ditangguhkan selama 10 hari selepas Rashidi dan Daiyan Trisha serta beberapa kru lain dijangkiti wabak yang sama.
Tambah Rashidi lagi apa yang membuatkannya lebih trauma adalah kesan jangka panjang yang dihadapinya selepas dijangkiti Covid-19.
“Ketika kembali ke set penggambaran tubuh saya sebenarnya belum pulih sepenuhnya. Saya dapat rasakan badan cepat penat berbanding sebelum dijangkiti COVID-19. Selepas tiga hingga empat jam, tenaga saya sudah tiada.
“Saya dapat rasakan dari segi lontaran suara berbeza dari ‘energy’ sebelum itu. Itu antara kesan dan impak COVID-19 yang saya rasakan. Tidak tahu dari mana punca atau dijangkiti dari mana, kita hanya mampu cuba berhati-hati dan tawakal,” kata Rashidi.
Drama 20 episod itu turut dibintangi pelakon lain seperti Ben Amir,Anita Baharom, Ellyas Abdullah, Shahril Sarjen, Iman Corrine Adrienne, Samsul Ahmad dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin, Tetuan Ang & Rahimin bakal bersiaran pada 14 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar