Laman Utama

"Saya Sentiasa Mengimpikannya"- Nia Atasha Bangga Jadi Model Pakaian Dalam Antarabangsa!

Syafiqah Jalal
04/07/2023
09:31 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sentiasa Mengimpikannya"- Nia Atasha Bangga Jadi Model Pakaian Dalam Antarabangsa!
Pelakon dan model, Nia Atasha bangga apabila dipilih menjadi model dan wajah kempen baharu jenama pakaian antarabangsa, Victoria Secret pertama di Asia.
Kata Nia ia merupakan peluang yang besar buatnya sebagai model.
"Ia adalah satu penghormatan! Sejujurnya ini adalah peluang besar.
"Dan saya sentiasa mengimpikannya sejak mula menjadi model untuk menjadi wajah atau mungkin berkempen untuk Victoria Secret dan saya gembira," katanya.
Nia berkata begitu dalam satu video temu bual oleh EH! Malaysia di Instagram rasmi mereka.
Menerusi suntingan video itu turut memaparkan aksi Nia dan dua lagi model memperagakan pakaian dalam berkenaan.
Sementara itu, Nia menerusi Instagram miliknya juga berkongsi keterujaan itu dan memberitahu ia bukan rahsia lagi.
"I can't keep this a secret anymore...Something exciting is coming really soon!" tulisnya.
Menerusi hantaran berkenaan rata-rata pengikut serta rakannya turut mengucapkan tahniah serta berbangga dengan kejayaannya.
"Malaysian angle represents!,"puji seorang pengikutnya.
"No freaking way Victoria Scret Angles ke!," komen seorang pengguna laman sosial itu.
"Fuh congratz Nia!," ucap seorang warga maya.
Nia sebelum ini merupakan pengacara HLive dan pelakon yang membintangi drama-drama tempatan termasuk drama Gempak Original, IMPerfect serta Drama Chat seram Gempak, Ada Sesuatu Dalam Rumah pada tahun 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar