Viral
“Saya Simpan Dendam Dekat 2 Orang Bodoh Tu” - Bergenang Air Mata Fathia Imbau Kisah Lama
Sepotong video yang dirakam ketika pelakon Fathia Latiff sedang bersiaran langsung di TikTok kembali viral di media sosial.
BERITA TRENDING: Tudung Fathia ‘Hilang’ Ketika Bercuti Di Jepun, Netizen - “Buat Lah Apa Pun Asalkan Diri Bahagia”
Menerusi video berkenaan, Fathia meluahkan rasa tidak puas hati dan mengakui berdendam dengan dua individu, termasuk mereka yang bekerja di bawah satu jenama fesyen terkemuka.
“Itu yang saya dendam sangat. Kamu tahu betapa susahnya, ibu saya belikan saya baju Versace, ibu dan kakak saya cantikkan saya supaya saya dapat pergi ke acara berkenaan.
undefined
“Tiba-tiba, mereka tak benarkan saya hadir macam tu sahaja. It’s not fair. Sebab tu saya simpan dendam dekat dua orang bodoh itu. Dan mereka yang bekerja dengan Versace,” ujar Fathia sambil menitiskan air mata.
Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi demi kontroversi, bermula dengan melabel pelakon Zahirah MacWilson sebagai wanita berwajah bibik, sehinggalah mendakwa suami Zairah, iaitu dramatis Aiman Hakim Ridza yang juga bekas kekasih masih mempunyai perasaan terhadap dirinya.
Sumber: TikTok