Hiburan
“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.
Curang Satu Pilihan
Dalam temu bual tersebut, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin menyatakan kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga adalah disebabkan suami atau isteri memilih untuk berlaku curang.
“Orang ketiga? Kita sebenarnya ada pilihan, tidak kisah sama ada suami atau isteri. Pilihan suami atau isteri untuk membenarkan atau melayan orang ketiga.
“Apa pun itu berbalik kepada diri sendiri, maksudnya perlu sedar dan ingat tanggungjawab seorang suami yang sudah ada isteri. Tak payah curang,” katanya.
Tambah aktor berusia 34 tahun itu lagi, dia sentiasa mengingatkan dirinya tentang rumah tangganya dan tiada sebab untuk berselingkuh.
“Sudah pasti suami pun tidak mahu kalau isteri dia curang. Itu yang sentiasa ada dalam fikiran saya kalau nak buat, insya-Allah saya memang tak nak (layan orang ketiga).
“Sentiasa semat dalam kepala, saya sudah ada isteri. Kenapa nak layan orang ketiga.
Dalam pada itu, Fattah menasihati semua pasangan di luar sana untuk mengelakkan diri daripada melayan orang ketiga.
“Jika ada cubaan orang ketiga yang datang mengganggu, perlu dielakkan. Kalau dibiarkan atau diri sendiri yang mahu, jadilah perkara tidak diingini,” jelasnya.
undefined
Semalam, kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.
BERITA TRENDING: Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?
BERITA TRENDING: Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”
BERITA TRENDING: Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya – “Kuat Dan Tabah...”
BERITA TRENDING: Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: TikTok