Hiburan
Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”
Pelakon Wanna Ali tampil menjelaskan perkongsian foto bersama aktor Fattah Amin sudah ditetapkan jadual pada malam tadi untuk dikongsikan di Instagram miliknya hari ini.
Hanya kebetulan
Menurut Wanna, apa yang terjadi hanya kebetulan dan dia sendiri tak dapat menyangka berita mengenai rumah tangga Fattah dan isterinya, aktres Nur Fazura juga dilaporkan pada hari yang sama.“Kebetulan pula yang saya schedule post itu hari ini seiring pula kebetulan dengan berita Fazura keluar. Jadi, saya bukanlah nak tumpang glamour ke, cari publisiti ke… saya tak ada niat langsung ke arah itu. Macam mana saya nak tahu benda ini akan terjadi,” ujarnya ketika dihubungi Gempak“Semuanya hanya kebetulan, malam tadi adalah babak kahwin, kebetulan juga malam tadi juga saya dah schedule post. Drama pula tayang pukul 10 malam. Takkan saya nak post pukul 12 malam pula di feed IG saya.
Tuduhan ada hubungan dengan Fattah tak masuk akal
Dalam pada itu, anak kepada penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh ini turut menganggap tuduhan netizen yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan Fattah merupakan perkara yang tidak masuk akal.“Bagi saya, lagi tak masuk akal (skandal Fattah). Bila post fasal kerja, tiba-tiba dituduh ada skandal pula. Tak ada ribut, tak ada petir pula dituduh ada skandal, jadi penyondol pula.
“Netizen Malaysia pula paling sensitif, dalam banyak-banyak negara, netizen Malaysia la paling tersakiti,” katanya lagi.
Pada Jumaat, Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Advertisement
Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.
Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.
Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.
Pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, itu berkahwin pada 2017.
ARTIKEL BERKAITAN: Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen Anggap Wanna Ali Tak Sensitif - “Kalau Awak Ambil Berat Fasal Kak Fazura & Hormat Dia, Tolong Delete”
ARTIKEL BERKAITAN: Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
Must-Watch Video