Hiburan
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Pelakon, Farid Kamil tidak membenarkan isterinya, aktres, Diana Danielle untuk menerima tawaran prosedur ikat perut seperti yang dilakukan ramai selebriti lain.
Menurut Farid, dia mempunyai pendirian bahawa ada cara lain yang lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
"Saya tak benarkan Diana buat benda itu sebab bagi saya potong usus adalah perkara yang melampau.
“Saya percaya yang menggemukkan badan adalah kita jadi yang menguruskan kembali pun adalah kita. Tidak ada benda lain melainkan kesedaran diri sendiri,” katanya kepada Gempak.
Farid berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran makanan kesihatan Zenso bertempat di Elephant Resort Cafe, One Utama pada Selasa.
BERITA TRENDING: Diana Danielle Tolak Bariatrik, Percaya Kurus Secara Semulajadi - “Bukan Saya Tak Boleh Turun Berat Cuma…”
Kata Farid lagi, dia juga pernah melihat kondisi perut sahabatnya yang pernah melakukan prosedur tersebut.
“Saya rasa impak bariatrik itu lebih banyak berbanding kelebihan yang ada dan saya juga pernah lihat perut kawan saya yang lakukan bariatrik. Nampak agak pelik bila tengok.
“Setengah orang melakukan atas sebab faktor kesihatan manakala setengah lagi ada yang buat dengan tujuan untuk kurus, bergantung,” ujarnya.
Terdahulu, Diana menjadi menuai perhatian ramai sejak akhir tahun lalu apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi sehingga ada yang mendakwa dia sedang berbadan dua.
Diana bagaimanapun menafikan hal tersebut dan memberitahu berat badannya bertambah kerana selera makan meningkat.