Hiburan

“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak

Asyikin Mayudin
19/04/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Pelakon Lana Nodin dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Ampang pada Khamis selepas mengalami simptom sakit perut sejak beberapa hari lalu.

Sakit Perut Sejak Beberapa Hari Lalu

Lana menerusi video yang dikongsikan di Instagram berkata, doktor memaklumkan dia terkena jangkitan kuman pada bahagian usus dan mungkin ia berpunca daripada salah makan.
“Ramai tanya saya sakit apa, maaf bukan tak boleh jawab telefon, sebab saya alami ini dah tiga empat hari. Baru hari ini ada tenaga nak cakap. Doktor sahkan ada jangkitan pada bahagian usus sehingga ia bengkak.
“Tidak tahu puncanya daripada mana. Mungkin salah makan. Saya tak boleh bangun sudah sejak empat hari sebelum ini. Sekarang tak boleh balik rumah selagi usus masih bengkak," katanya.

Doa Agar Cepat Sembuh

Pada perkongsian yang sama, Lana turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan mengharapkan doa agar dapat pulang ke rumah bersama keluarga.
“Minta maaf kepada wartawan hiburan dan rakan artis, yang saya tak sempat jawab mesej sebab sakit sangat. Terima kasih kepada mereka yang sudi datang melawat dan bertanya khabar dari jauh.
“Doakan saya semoga cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah bersama keluarga," ujarnya.
Sebelum ini pengurus kepada Lana memaklumkan aktres berkenaan perlu menerima rawatan di hospital namun ketika itu masih belum dipastikan sakit sebenar dihidapi pelakon berkenaan.

BERITA TRENDING: Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”

BERITA TRENDING: Cantik Berhijab, Ramai Doakan Lana Nodin Yang Baik-Baik - “Manisnya Dia, Semoga Kekal Macam Ni”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar