Hiburan

Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”

gempak
Asyikin Mayudin
17/04/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Perubahan imej Lana Nodin yang kini berhijab sejak Ramadan lalu menarik perhatian netizen namun pelakon itu lebih memilih untuk tidak terlalu berkongsi perkara itu.

Mahu Terus Berlakon

Masih mahu meneruskan karier lakonan, Lana, 46, memberitahu dia masih terbuka menerima sebarang tawaran berlakon yang bersesuai dengan imejnya itu.
“Saya tidak mahu menghebahkan perkara ini kerana pada saya, siapa yang tahu dan nampak, maka mereka tahulah. Tetapi bukan dengan membuka mulut bercerita mengenai perkara ini.
“Apa pun, saya masih lagi menerima tawaran berlakon. Jadi watak antagonis biarpun bertudung pun menarik juga. Saya masih terbuka untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” kata Lana.

Belum Istiqamah Sepenuhnya

Dalam fasa percubaan, Lana berkata dia kurang selesa menghebahkan soal penghijrahan sebaliknya berdoa agar istiqamah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Bukan tidak mahu berkongsi, cuma saya masih berada dalam fasa percubaan sejak bulan Ramadan lalu. Bukan tidak mahu menghebahkan, cuma belum istiqamah sepenuhnya lagi.
“Kalau orang nampak tu nampak la. Apatah lagi, suami pun turut menyokong segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh saya. Kini saya berada dalam fasa percubaan, doa yang baik-baik buat saya.
“Hujung tahun ini saya bakal bertambah usia kepada 46 tahun, pejam celik lagi beberapa tahun dah masuk 50 tahun. Selain muhasabah diri, saya bersama keluarga berubah ke arah lebih baik atas nasihat rakan-rakan.
“Saya hendak membimbing diri suami yang mualaf, namun tidak bertudung jadi seperti tidak selari. Jadi ini salah satu fasa untuk berubah ke arah lebih baik, bukan saja saya dan suami tetapi buat anak-anak juga,” ujarnya.
Terdahulu, perkongsian Lana memuat imej terbarunya pada hari raya bersama keluarga mengundang komen positif daripada warga maya.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Lana memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia meraikan Aidilfitri bersama keluarga dengan imej bertudung mendapat perhatian ramai.
Bagaimanapun, Lana dilihat menghadkan ruangan komen dan tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai penampilan terbaharunya itu.
Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

BERITA TRENDING: Cantik Berhijab, Ramai Doakan Lana Nodin Yang Baik-Baik - “Manisnya Dia, Semoga Kekal Macam Ni”

BERITA TRENDING: “Kenapa Ada Diskriminasi?” - Lana Nodin Perjelas Isu Kena Clamp, Persoal Kenapa Kereta Lain Boleh Parking Sesuka Hati

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live