Hiburan

"Saya Tak Kisah Tak Ramai Kawan, Asalkan Tak Talam Dua Muka" - Maya Karin

Ernalisa
25/01/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Kisah Tak Ramai Kawan, Asalkan Tak Talam Dua Muka" - Maya Karin
Pelakon jelita Maya Karin mengakui dirinya kini semakin selektif dalam pemilihan orang sekeliling.
Katanya, pada waktu ini dia lebih selesa hidup dengan 'circle' yang kecil berbanding zaman mudanya.
Hal itu jelas Maya penting untuk memastikan mentalnya positif.

BERITA BERKAITAN: Tak Mahu Jadi 'Hantu' Lagi, Maya Karin Anggap Watak Seram Tak Sesuai Dengan Umurnya - "Bukan Memilih Tapi ...

BERITA BERKAITAN: Maya Karin Tak Mahu Terburu-Buru Soal Jodoh - " Adakala Saya ..."

"Ya saya memang banyak kecilkan kehidupan saya daripada kawan-kawan atau orang toksik.

"Saya lebih selesa dan suka berkawan dengan mereka yang positif dan tidak talam dua muka.
"Seperti Nabila Huda. Saya suka berkawan dengan dia. Walaupun dia gila-gila tetapi dia tak 'fake'. Dia jadi diri sendiri. Kita pun dapat vibe positif," katanya.
Bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam ini juga memberitahu, dia sudah tidak mengendahkan kehidupan yang happening seperti dahulu sebaliknya lebih memfokuskan kegembiraan dengan caranya yang sendiri.

"Saya dah tak ramai kawan dan saya dah tak kisah itu semua. Kalau dahulu kita suka kalau kita ada ramai kawan.

"Tetapi bila usia semakin meningkat, saya lebih tahu apa yang saya mahu dalam kehidupan berkawan.
"Semakin kecil circle saya, hidup itu lebih mudah dan tak banyak cerita," ringkas Maya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Maya berkata, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah dengan berehat atau membaca jika tiada pengambaran.
"Kalau zaman muda boleh dikatakan hari-hari kita nak lepak keluar jumpa kawan.
"Tetapi bila berusia begini lain pula rasa, saya lebih suka rehat seharian di rumah.
"Cuma ada waktu saya akan keluar juga jumpa kawan-kawan. Cuma tidak sekerap dahulu," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024