Laman Utama
“Saya Tak Paksa, Dia Akan Dibimbing” - Aisar Khaled Jelas Isu Bawa Pemuda Masuk Islam, Netizen Beri Sokongan
Influencer dan pelakon Aisar Khaled menjelaskan tiada sebarang paksaan berlaku semasa dia mengislamkan seorang individu seperti yang tular di dalam sebuah video semalam.
Menurut Aisar, pemuda tersebut menceritakan masalah hidup yang dialaminya dan dia hanya mahu menjadi pendengar yang baik.
“Saya mengajak dia masuk Islam, saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing insyallah.
“Saya menjadi pendengar yang baik. Dia menceritakan lagi tentang masalah hidup dia. Saya belanja dia air dan makanan. Saya cakap dekat dia, sedekah takkan rugi.
“Dan sebelum saya balik hati terdetik untuk mengajaknya masuk Islam. Dia setuju untuk masuk Islam, saya langsung tak paksa dia. Dan saya beritahu dia kebesaran Allah SWT.
“Alhamdulillah dia terima Islam dan saya akan membawanya untuk dibimbing, insyallah,” tulis Aisar di dalam sebuah video yang dimuat naik.
Sementara itu di ruangan komen platform TikTok, rata-rata wargamaya memberikan sokongan pada Aisar untuk terus melakukan kebaikan dan tidak mempedulikan kata-kata negatif segelintir pihak.
Namun, ada juga yang turut memberikan beberapa cadangan kepada Aisar untuk menambah baik cara percakapannya dalam menyebarkan kebaikan.
“@aina⚡:Teruskn dakwah. Moga istiqomah. Ignore toxic dan niat buat sesuatu kebaikan kerana Allah taala. Moga Aisar hidup diberkati Allah slalu amin”
“@danishuuu:Kali ni saya support ape yang dia buat teruskan bang kita mesti teruskan perjuangan dakwah Nabi Muhammad”
“@kesian ko single:Itu lah zaman sekarang orang buat benda baik di kecam dan di pandang buruk sedangkan menuju kearah kebaikan. Bersyukurlah sebab ada orang macm Aisar”
“@budakbaik2.o:Bagus bang berdakwah tapi abang kena ingat satu je "niat kerana Allah bukan kerana nama" semoga syurga buat abang insyaallah amin”
“@CalehFIFA12:mantap bang tapi perbaiki cara dakwah atau percakapan abang tu”
“@opet12A:bang saya sarankan jangan sebarkan kat sosmed. Sebab ada warga India yang terasa. Kerana die rasa agama die direndahkan. BTW teruskan usaha dakwah bang”
Semalam, tular di media sosial pelakon drama Chandelier itu mengislamkan seorang individu namun ia mendapat kecaman wargamaya kerana merasakan cara dakwahnya tidak bersesuaian.