Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Saya Tak Rasis..Orang Salah Faham" - Samantha Tunggu Keadaan Reda, Bakal Beri Kenyataan Penuh Dalam Masa Terdekat

ZULHILMI JALIL 02/06/2020 | 12:14 MYT
Bekas ratu cantik, Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James menafikan dakwaan bahawa dirinya seorang yang rasis susulan kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman apabila menyentuh bangsa kulit gelap di Amerika Syarikat.
Bahkan, kata Samantha, kenyataannya tempoh hari di Instagram itu disalah tafsir.
"Saya bukan rasis..orang salah faham dengan apa yang saya tulis.
"Saya terkejut apabila menerima respons sebegini sehingga mendapat perhatian pihak luar.
"Biarlah tunggu reda semua, nanti saya akan keluarkan kenyataan untuk terangkan kepada umum," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Samantha, dia juga mengakui Instagram sudah mengambil tindakan dengan membuang verified badge di akaun miliknya.
"Ya, saya perasan pagi tadi sudah tak ada," katanya.
BACA: Instagram Buang 'Verified Badge' Bekas Miss Universe Malaysia, Netizen Minta Samantha Tutup Akaun
Sementara itu, Samantha dalam satu kiriman WhatsApp kepada Gempak, memberitahu dia akan mengeluarkan kenyataan rasminya dalam masa terdekat.
Terdahulu, Samantha dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman apabila menyentuh isu bangsa kulit gelap di Amerika Syarikat.
Kenyataannya itu menyebabkan dia mendapat perhatian seluruh dunia yang mengecam tindakannya.
BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!
Samantha pernah mewakili Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Miss Universe Malaysia #Samantha #'Rasis
;