Hiburan

"Saya Takkan Kembali Berlakon" - LHDN Isytihar Iqram Dinzly Muflis

Amri Hassan
15/01/2019
04:51 MYT
Sponsor Banner
"Saya Takkan Kembali Berlakon" - LHDN Isytihar Iqram Dinzly Muflis
Pelakon Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.
Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin mendedahkan perkara itu di Instagram semalam.
Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.
“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima.
“Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.
“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Iqram berkata, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000.
Jumlah itu dikira sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.
“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000.
“Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.
“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.
“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya.
Ditanya sama ada dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.
“Saya takkan kembali berlakon. Disebabkan saya menjadi selebriti saya diisytihar bankrap,” katanya.
Iqram terus mengemas kini beberapa entri di Instagram menyatakan luahan hatinya terhadap isu yang berlaku.
A post shared by KuliBatakAllah (@kulibatakallah) on
Khususnya untok ‘ Wanita Bertudung ‘ yang kononnya ada kuasa tapi kepala bana di @lhdnm Jalan Duta ! Kau tahu kau siapa , tapi kau tak tahu apa yang aku rasa . Kau cuma tahu apa yang kau nak kata tanpa usul periksa . Apa sahaja yang kau perkatakan dan arahkan selamba , Allah Maha Mengetahuinya . Allah Maha kuasa segalanya. Aku doakan kau supaya setiap kata kata kau memakan jiwa dan sampai ke mati kau takkan lupakan aku dan sengsara untok memohon maaf pada aku disebabkan kedajjalan kau yang kepala bana ! Kepada yang bersubahat juga , aku haramkan untok berjumpa roh aku dan keturunanku terutamanya Mama aku di Padang Masyar sana . Di dunia ? Sorry , sampai mati aku doa supaya tidak berjumpa atau bersua . Jijik Mata aku untok memandangnya ! Apa Apa pun terima kasih Lembaga Hauk Duit Nasionalitas ! Semoga MATI berhadas ! AAMINNNN .
A post shared by KuliBatakAllah (@kulibatakallah) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar