Laman Utama

“Saya Tengok Pun Jadi Kesian” - Fattah Amin Bimbang Fazura Terlalu Rajin?

Hanafis Haris
12/09/2020
06:41 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tengok Pun Jadi Kesian” - Fattah Amin Bimbang Fazura Terlalu Rajin?

Aktor popular, Fattah Amin meluahkan kebimbangan mengenai sikap isterinya Nur Fazura yang masih kuat bekerja biarpun sedang sarat hamil.

Menurut Fattah, biarpun pun tidak boleh menghalang, namun apa yang mampu dilakukannya adalah sentiasa bersama Fazura khususnya ketika usia kandungan yang sudah memasuki bulan keenam.

“Saya tengok dia pun jadi kesian sebab dia sangat rajin bekerja.

“Saya tak boleh nak stop dia tapi apa yang pasti saya kena sentiasa bersama dengan dia,” katanya.

Menurut Fattah lagi, mereka baru saja membeli barangan bayi sebagai persediaan menantikan kelahiran anak sulung.

“Ye kami baru je beli barang bayi, sambil-sambil nak bersedia ke hospital tu.

“Saya juga dah mula buat sedikit research, tanya-tanya keluarga mana yang patut,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada nama bayi sudah pun dipilih, Fattah mengambil keputusan untuk merahsiakan lagi perkara berkenaan.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem Miimaland malam semalam.

Miimaland mengisarkan mengenai sekumpulan individu yang terpaksa membuat penggambaran di sebuah taman tema selepas menerima satu projek.

Taman tema yang dibuka sejak 1971 itu dibiarkan terbengkalai selepas berlakunya tanah runtuh pada tahun 1994.

Walaubagaimanapun, pelbagai pengalaman misteri dan insiden seram berlaku sepanjang penggambaran dibuat.

Selain Fattah, Miimaland turut dibintangi Sophia Albarakbah, Camelia Natasya kmn, Hazzy Alzeeq dan Zalif Sidek.

Filem arahan Nevin Hiong ini bakal ditayangkan 24 September

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar