Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

”Saya Terasa Hati Apabila Ramai Yang…” - Isu Mental Health & Zikir, Caprice Dedah Situasi Sebenar!

Hanafis Haris 27/07/2021 | 05:07 MYT

Penyanyi rap, Caprice akui dia terasa hati apabila ada beberapa pihak yang mengaitkan dirinya dengan isu kesihatan mental.

Menurutnya, sehingga kini dia bersyukur kerana dia sedang berada dalam keadaan yang paling tenang.

“Saya nak cakap sikit satu perkara yang buat saya terasa hati, ramai yang mesej saya ada isu dengan mental health sebab itu Caprice macam ni.

“Alhamdulillah saya okay dan saya berada dalam keadaan paling tenang.

“Saya tahu salah saya bila terlalu beremosi,” katanya.

Tambahnya, ramai di antara netizen juga menjadikan amalan zikirnya satu bahan jenaka.

“Ada yang buat lawak tentang my zikir, saya always zikir. Saya banyak baca buku berkaitan Islam dan kehidupan Nabi Muhammad SAW supaya saya ingat tujuan saya di sini.

“Setiap hari saya akan akan bercakap dengan seorang atau dua ustaz dari Malaysia.

“Rujuk mereka apa yang saya rasa, lalui dan perancangan saya. Alhamdulilah tiada siapa pun minta saya pulang. Jadi saya akan sambung misi.

“Saya ok je semua, yang sindir kita, caci kita, Insya-Allah, kebenaran akan berlaku dengan sendiri,” katanya.

Caprice berkata demikian menerusi beberapa posting di Instagram Storynya, awal pagi tadi.

Terdahulu, Caprice mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi sekeping foto 'iblis' menerusi akaun Instagramnya pada Isnin.

Dalam hantaran terbabit, Caprice seakan-akan memberi bayangan tentang kepura-puraan, takdir dan pendedahan besar-besaran.

BACA : "Siap Sedialah Untuk Kebenaran Malaysia" - Caprice Terus Cetus Persoalan!

Sekadar info, Caprice yang baru meraikan ulangtahun ke-33 pada Ahad masih berada di Mesir bersendirian demi melunaskan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Caprice sebelum ini menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan berbalas kenyataan berhubung isu misi kemanusiaan di Palestin yang dijalankan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew.

#Caprice #EbitLew #Mental #Ebit Lew difitnah #MentalHealth
;