Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Saya Terima Setiap Kejian, Makian Anda” - Kim Seri Reda Dikecam, Hanya Mahu Fokus Bayar Hutang & Refund

Mya Amri 24/12/2024 | 00:34 MYT

Pempengaruh media sosial, Kim Seri reda dengan segala kecaman yang diberi netizen selepas kontroversi melibatkan agensi pelancongan miliknya.

Mahu beri fokus bayar refund

Tidak mahu terlalu memikirkan tentang kecaman, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina bagaimanpun hanya mahu memberi fokus untuk melangsaikan hutangnya kepada pelanggan.

“Saya terima sahaja setiap kejian dan makian anda semua. Apapun, fokus saya sekarang adalah membayar segala hutang dan refund menjelang 2025.

“Semoga saya dapat memulakan tahun 2025 dengan lebih baik setelah membayar segala hutang dan refund,” ujarnya.

Jual barang di TikTok untuk kumpul wang

Difahamkan Seri kini menjual barangan di aplikasi TikTok sebagai salah satu inisiatif mengumpul wang bagi menunaikan janjinya membuat bayaran ganti rugi berkenaan.

“Terima kasih yang nak hantar barang pada kawan saya, insya-Allah nanti kawan saya bawa barang ke Korea dan saya terima barang tu saya akan buat Live di TikTok. Terima kasih banyak,” coretnya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan itu dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Halalkan Satu Sen Pun” - Pelabur Buka Mulut Isu Penutupan Restoran Kim Seri

ARTIKEL BERKAITAN:“Selamat Datang Ke Dunia Muka-Muka” - Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Ditendang’ Tiba-Tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Tertipu Pakej Travel Ke Korea Selatan TikToker Popular, 10 Pelanggan Buat Laporan Polis - "Kami Rasa Diperdaya"

Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut mengesahkan menerima 24 laporan daripada mangsa penipuan pakej pelancongan terbabit.

Seri bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pakej pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Kim Seri Mohon Maaf - "Semua Tunggakan Akan Dibayar Sebelum Atau pada 1 Februari 2025"

ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Buat Group WhatsApp & Mulakan Proses Refund” - Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun, Beri Kerjasama Untuk Lakukan Siasatan

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Mohon Maaf" - Kim Seri Janji Bayar Ganti Rugi, Dedah Punca Gagal Bisnes Di Korea Selatan

Malah dia juga memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.

;