Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saya Tiada Niat Persenda Budaya Sarawak” - Dikecam Gara-Gara Perkataan ‘Uga-Uga’, Zynakal Tampil Mohon Maaf!

Hanafis Haris 31/05/2021 | 23:06 MYT

Penyanyi Zynakal tampil memohon maaf atas tindakannya yang didakwa memerli budaya dan adat orang Sarawak.

Perkara itu dilakukan Zynakal menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

Menurut Zynakal, dia tiada niat langsung untuk mempersendakan pakaian atau adat warga Sarawak.

“Menerusi komen tersebut saya tiada niat untuk persenda budaya orang Sarawak

“Sebaliknya niat itu hanya mempersendakan Yonnyboii saja,” katanya.

Tambahnya, dia mengharapkan suapaya permohonan maafnya itu diterima semua warga Sarawak.

“Maaf jika komen saya menyakiti hati kalian dan maafkan saya.

“Saya harap maaf saya diterima. Saya juga harap benda ini tidak akan berulang, kamek sayang kitak,” katanya.

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Sekadar info, kontroversi itu tercetus apabila Zynakal meninggalkan komen pada hantaran terbaharu rakannya yang juga penyanyi rap terkenal, Yonnyboii.

Menerusi hantaran tersebut, Yonnyboii berkongsi foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.

“Uga-uga,” tulis Zynakal ringkas pada ruangan komen dalam Instagram Yonnyboii.

Biarpun sekadar komen ringkas, rata-rata netizen menyifatkan komen tersebut sebagai sindiran yang merujuk kepada mereka yang hidup pada era dahulu kala lazimnya dikaitkan dengan istilah orang zaman batu.

BACA: Yonnyboi Kongsi Gambar Berpakaian Tradisional Sarawak, Zynakal Salah Bual Terkomen 'Uga Uga'!

#Viral #Sarawak #Zynakal #Yonniboii
;