BERITA
“Saya Tiada ‘Six Pack’ Seperti Lelaki Dalam Video Itu…”- Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino menafikan bahawa lelaki dalam video lucah yang tular sejak tiga hari lalu di media sosial itu adalah dirinya.
Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 21, berkata kepada Harian Metro baru menonton video terbabit hari ini dan mendapati lelaki di dalam video itu bukan dirinya.
“Saya baru berkesempatan menonton video itu hari ini dan ia bukan saya. Dari segi bentuk tubuh pun berbeza kerana saya tidak ada ‘six pack’ seperti lelaki dalam video itu,” katanya hari ini.
Aiman berkata, dia tidak tahu bagaimana individu yang memuat naik dan menyebarkan video itu boleh mengadakan latar belakang bilik kononnya ada bingkai gambar sama seperti dalam bilik di rumahnya.
“Saya tak tahu bagaimana mereka lakukan. Sebenarnya bilik saya penuh dengan almari dan katil. Tak ada langsung posisi yang boleh diambil untuk sudut seperti dalam video itu,” katanya.
Dalam masa sama, Aiman mengakui penularan video itu memberi kesan terhadap dirinya kerana ia memang mengaibkan.
“Saya tak pasti sekiranya ada pihak yang ingin menjatuhkan saya atau apa. Selama tiga hari saya berdiam diri kerana tidak berani untuk keluarkan sebarang kenyataan yang dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Ditanya sama ada itu adalah gimik atau strategi mempromosikan single terbarunya berjudul Terlerai Sebuah Janji, Aiman menafikannya.
“Tak tergamak saya melakukan gimik yang boleh memalukan diri sendiri. Ia hanya kebetulan dan berlaku ketika lagu ini baru dilancarkan,” katanya.
Sementara itu, pihak pengurusan Aiman masih menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video itu.
Video berdurasi 29 saat yang tular sejak tiga hari lalu itu memaparkan lelaki mirip Aiman berada dalam keadaan bogel termasuk melakukan aksi lucah.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video