Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Saya Tidak Kisah Dikenali Sebagai Ariff Atau Buntat

Rozaimi Zubaidi 14/05/2017 | 01:01 MYT
Pelakon Muhammad Ariff atau dikenali sebagai Buntat mengakui tidak kisah dengan panggilan nama yang dipanggil oleh orang ramai terhadap dirinya.
Menurut Ariff, dia selesa dengan kedua-dua nama tersebut dan menggangap perkara itu bukan masalah besar bagi dirinya.
"Sebelum ini saya cuma dikenali sebagai Ariff dan itu merupakan panggilan nama ketika berada di sekolah.
"Namun selepas membintangi drama, orang ramai mula mengenali saya sebagai Buntat dan ada juga guru serta rakan-rakan yang memanggil saya dengan nama itu.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan panggilan Ariff ataupun Buntat kerana sekurang-kurangnya orang mengenali saya itupun sudah cukup.
"Kadang-kadang bila keluar, ada juga yang tegur dan minta bergambar bersama saya dengan memanggil nama Buntat," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Ariff, dia bakal muncul dengan filem sulung berjudul Jibam yang dijangka menemui penonton pada September depan.
Terdahulu, Ariff berjaya menghidupkan watak Buntat dengan baik menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku hingga mencetuskan fenomena di kalangan penonton pada awal tahun ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Pelakon #Buntat #Ariff
;