Hollywood
Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
BERITA TRENDING: Sean Diddy Combs Disaman Kali Ke-9 Dari Bekas Pelakon Porno, Dipaksa Melacur
Diddy didakwa telah menawarkan untuk membayar ikat jamin sebesar RM212 juta bersama kediaman miliknya dan ibu selepas ditahan sewaktu bercuti di New York baru-baru ini.
Tawaran tersebut bagaimanapun ditolak hakim dengan hujah selebriti berusia 54 tahun itu memang layak duduk di balik tirai besi atau penjara.
Keputusan itu dibuat berdasarkan jenayah yang dilakukan Diddy terlalu ‘besar’.
Rapper tersebut sebelum ini ditahan atas beberapa kes jenayah termasuk pemerdagangan seks dan manusia, merogol dan mendera ramai wanita serta memiliki senjata api yang ditemui di kediamannya yang diserbu pihak berkuasa.
Pihak berkuasa juga menemui banyak bukti berkaitan aktiviti seks termasuk minyak pelincir dan video yang dirakam.
Pihak guam Diddy bagaimanapun menafikan semua dakwaan yang dikenakan ke atas kliennya selain mendakwa penyanyi yang terkenal dengan hit I’ll Be Missing You itu telah menerima layanan buruk dan tidak adil.
Dalam salah satu pembelaan, peguam Diddy menafikan pesohor tersebut telah melakukan pemerdagangan manusia dan seks dengan menyifatkan kebanyakan wanita yang terlibat dalam kes tersebut sebagai rela untuk berada dalam urus niaga itu.
“Kami akan berusaha sehabis baik untuk membebaskan Diddy. Dia tidak melakukan kesalahan, mereka (wanita) mahu berada di sana (pemerdagangan manusia dan seks). Kami yakin Diddy tidak bersalah,” ujar peguam seperti dilaporkan DailyMail.com.