Laman Utama

Bekas Kekasih Saman Rapper Sean Diddy Combs, Jadi Mangsa Pemerdagangan S*ks

gempak
Maliah Surip
17/11/2023
14:42 MYT
Sponsor Banner
Bekas Kekasih Saman Rapper Sean Diddy Combs, Jadi Mangsa Pemerdagangan S*ks
Penyanyi Cassie membuat keputusan mengejutkan apabila memfailkan saman terhadap bekas kekasihnya, rapper, Sean Diddy Combs.
Cassie mendakwa telah menjadi mangsa pemerdagangan seks selain didera dan dirogol selama 10 tahun.
Saman tersebut difailkan penyanyi dengan nama sebenar Casandra Ventura terhadap Combs, 54, di New York, lapor People.
Antara dakwaan lain yang difailkan adalah dirinya dirogol pada tahun 2018 selepas cuba meninggalkan Combs dan mengalami banyak penderaan daripada lelaki tersebut termasuk ditumbuk dan dipijak.
“Selepas bertahun hidup dalam kegelapan dan berdiam diri, saya akhirnya berani menceritakan kisah saya dan bercakap bagi pihak wanita yang turut mengalami keganasan domestik serta hubungan toksik.
“Saya mengalami trauma dan sedang berusaha pulih setelah apa yang terjadi dalam kehidupan saya,” kata kenyataan yang dikeluarkan Cassie.
Cassie bagaimanapun tidak menyatakan jumlah tuntutan yang dibuat terhadap Combs.
Pihak peguam Combs bagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat Cassie.

BERITA TRENDING: Bukan Sebab Lapar, Mentua ‘Sembelih’ Menantu Hamil 7 Bulan Sebab Tolak Seks PILIHAN PEMBACA: Kenal Melalui Taaruf, Isteri Pelakon & Penyanyi Dangdut Lapor Polis Dipaksa Lakukan Seks Songsang

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live