Laman Utama
“Sebab Mama Anak-Anak Tak Dapat Pergi Sekolah” - Dua Tahun Jaga, Almy Nadia Pasrah Positif COVID-19
Pelakon Datin Almy Nadia reda apabila dirinya disahkan positif COVID-19.
Menurut Almy, disebabkan jangkitan itu juga anak-anaknya tidak dapat memulakan sesi persekolahan semalam.
“Maafkan mama wahai anak-anak mama. Dua tahun mama jaga… Mama jaga SOP sangatlah ketat tapi akhirnya tumbang.
“Mama dah mula sakit dari hari Jumaat lagi tapi buat test saliva tiga kali negatif, pagi ni (semalam) buat terus positif.
“Maafkan mama… Sebab mama anak-anak mama tak dapat join pergi sekolah, Nana tiba-tiba batuk dan selsema, buat test positif juga,” maklumnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.
Almy kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya dan dijaga oleh suami, Datuk Fizz Fairuz.
“Papa dah buat test dekat Yeye, Yayang, baby Aishah, semua negatif. Syukur… Alhamdulillah.
“Giliran kesayangan saya @fizzfairuzofficial jaga kami yang positif, maafkan mama sayang,” tulisnya.
Terdahulu, Datuk Fizz Fairuz juga pernah dijangkiti COVID-19 sekitar Februari lalu.