Laman Utama

Fizz Fairuz Positif COVID-19, Terhibur Anak-Anak Ketuk Pintu Bagi Salam & Selit Surat 'Cinta'

gempak
Amri Hassan
18/02/2022
01:54 MYT
Sponsor Banner
Fizz Fairuz Positif COVID-19, Terhibur Anak-Anak Ketuk Pintu Bagi Salam & Selit Surat 'Cinta'
Pelakon Datuk Fizz Fairuz mengesahkan dirinya kini dijangkiti virus COVID-19.
Sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya, ujar Fizz, dia memohon agar individu yang menjadi kontak rapatnya agar segera membuat ujian saringan.
"Selama dua tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan.. tapi akhirnya tewas juga. Harini aku disahkan positif COVID-19.
"Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pulak.. sebelum ini jumpa kawan-kawan kan.. Jadi kena inform juta, tak nak selfish.
"Setiap pagi buat swab test, ingat kontak rapat jer.. selepas 6 hari positif. Kepada mereka yang jumpa saya sebelum ni, kalau ada simptom apa-apa pergilah check.. varian sekarang tak ada simptom pun.. tahu-tahu dah positif," ujarnya.
Dalam pada itu, maklum Fizz, isterinya, Datin Almy Nadia dan anak-anaknya bagaimanapun negatif virus berkenaan.
"Kita jaga, tapi nak kena nasiblah.. so pengajarannya harini aku tumpas, tapi Alhamdulilah isteri dan anak-anak semua negatif.
"Kasihan my love jaga anak 4 orang selama 7 hari ni… @almynadiaofficial .. anggap jelah I outstation ya.
"Tapi anak-anak kacau juga, ketuk pintu assalamualaikum…….. lepas tu lari hahahahahaha… cute sgt … hahahahaha..oklah.. salam day 1 kuarantin!" ceritanya.
Tambah Almy, situasi kuarantin Fizz tambah melucukan apabila anak-anak mereka kerap mengganggu Fizz yang sedang berehat.
"Anak-anak ketuk pintu, masuk surat bawah pintu. Love kita doa sama-sama agar kita kuat hadapi dugaan ini ya. Love kena kuarantin I kena jaga anak-anak dan handle rumah.
"Sedih gila sebab punya jaga dua tahun akhirnya tewas. Love doakan kami negatif tau," doa Almy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024