Viral
Sebab Ponteng Kelas Matematik, Bapa Tukar Bilik Tidur Anak Jadi Penjara
Gara-gara ponteng kelas matematik, bilik tidur anak diubah menjadi penjara.
Seorang bapa yang dikenali sebagai Vince Nyla bertindak demikian selepas mendapat tahu anaknya telah ponteng kelas dan keluar bersama dua rakannya.
Nyla telah mengosongkan bilik anaknya itu malah turut membuang pakaian, katil dan televisyen dari bilik tersebut.
Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi laman TikTok itu, Nyla memberitahu dia cuba menjadi seorang ayah yang baik namun kelakuan anaknya itu sangat mengujinya.
“Saya membuat keputusan untuk memberi hukuman dengan menjadikan biliknya sebagai penjara.
“Dia cuba menguji kesabaran saya, tuhan tahu saya cuba menjadi seorang ayah yang baik tapi nampaknya tidak,” katanya di hantaran tersebut.
BERITA TRENDING: Padah Nak Meraih Populariti, Lelaki Ini Maut Digigit Ular Tedung Selepas Letak Dalam Mulut
BERITA TRENDING: 3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain
BERITA TRENDING: Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun
BERITA TRENDING: Dapat Tahu Bekas Isteri Bekerja Sebagai Pelacur, Lelaki Ini Saman Dan Tuntut Nafkah Anak
Pada masa sama, Nyla juga mengambil sehelai baju putih dan menulis perkataan "Saya Ponteng Kelas Matematik" di atasnya dan meminta anak perempuannya untuk memakai baju tersebut selama dua hari.
Kejadian ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai cara terbaik mendidik anak-anak, dengan ramai yang berpendapat bahawa pendekatan Vince tidak sesuai dan berpotensi membawa kesan negatif terhadap hubungan keluarga.
"Jangan tanya mengapa anak tidak rapat dengan kita sewaktu kita tua,"
“Sebab inilah anak-anak tak bercakap dengan ibu bapa,”
“Okay hukuman ini sangat ekstrem.
“Hukuman ini sangat tidak masuk akal,” kata netizen.
Walaupun tindakan Nyla mendapat kecaman namun ada juga yang menyokong Nyla dengan menyatakan hukuman itu boleh dijadikan sebagai pengajaran.
“Ibu bapa saya selalu beritahu, saya hanya ada satu tugas iaitu pergi ke sekolah dan belajar excel.”
“Ibu saya pernah kenakan hukuman kepada saya dan ayah pernah menanggalkan pintu bilik saya tapi sekarang saya sudah mendapat beberapa ijazah,” kata netizen di ruangan komen.
Menerusi tinjauan Gempak video tersebut telah mendapat 25.1 juta tontonan di TikTok.