Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sebak Sangat, Dekta Dah Tak Nak Teruskan Shooting” - Ini Cerita Yang Berlaku Disebalik Tabir Loveta

Mya Amri 01/01/2022 | 05:45 MYT
Nampak kuat namun hati anak kecil bernama Dzahira Talita Zahra juga rapuh sewaktu menjalani penggambaran jenama tudung Loveta milik arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.

Kisah disebalik tabir penggambaran itu dikongsi menerusi coretan di akaun Instagram milik Allahyarham Sarah.

Difahamkan suasana di lokasi terlalu sebak sehingga Talita juga tidak mahu meneruskan penggambaran.

“Masa ni dekat set dah huru hara sebab terlebih emosi, sebak sangat. Dekta sudah tak nak teruskan penggambaran ini.

“Tapi bila dia dah tenang, dia sendiri yang ajak sambung. Alhamdulillah dah nampak semangat tak mudah putus asa macam arwah ibu!” kongsi nukilan tersebut.

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Dalam pada itu, Shuib menerusi hantaran di akaun Instagramnya menyatakan rasa syukur dan yakin Anzalna merupakan pilihan yang tepat sebagai wajah terbaharu Loveta.

“Congrats @anzalnanasir88!!! Alhamdulillah semua dah tahu dah pengganti untuk @lovetahq. Semoga dapat buat yang terbaik dan saya yakin Anzalna memang pilihan yang tepat! Minta support Anzalna dan team @lovetahq @suciuwais okay!” tulisnya.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini, Anzalna juga tidak dapat menahan sebak dan menangis sebaik bersemuka dengan Talita iaitu satu-satunya anak perempuan arwah sewaktu sesi penggambaran berlangsung.

BACA: “Allah Dekta... Kuatnya Awak Sayang, Rasa Nak Hug” - Ramai Sayu Tengok Anak Siti Sarah, Anzalna Menangis Waktu Shooting

Untuk info, selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, jenama tudung tersebut terus disambung dan diuruskan oleh Siti Fatimah.

#Siti Sarah Raissuddin #Dekta #Dzahira Talita Zahra #Loveta
;