Gaya Hidup
Sebarkan Muka Penjenayah Aib Di Sisi Agama? Ini Jawapan Ustaz Hadhari
Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel dikecam segelintir netizen selepas dikatakan menyebar aib seorang pencuri yang membawa lari beberapa kotak stok barangan perniagaannya.
Susulan penularan isu berkenaan, Ustaz Hadhari tampil bersuara berkaitan penyebaran aib penjenayah di sisi agama demi menjawab kepada persoalan sesetengah warganet.
BERITA TRENDING: Viralkan Muka Pencuri Stok Barang Berniaga, Aeril Zafrel Dituduh Sebarkan Aib - “Ya Dia Buat Salah, Tapi…”
Menurut Ustaz Hadhari, agama Islam menuntut supaya menyebarkan wajah penjenayah atau perbuatan jenayah kerana ia membantu masyarakat supaya lebih berwaspada dengan perkara tersebut.
“Bila sebut tentang jenayah dalam Islam kita kena sebarkan, kita kena maklumkan kepada umum supaya yang pertama, masyarakat dapat waspada, yang kedua, masyarakat dapat cakna bahawasanya kes ini boleh berlaku kepada orang lain dan yang ketiga, membantu dalam penangkapan mereka yang lakukan sedemikian.
“Bila sebut tentang aib, katakan orang yang mencuri tu tiba-tiba dia bertaubat dan dia tak nak buat dah perkara yang lama, dan dia pun dah berjumpa dengan pihak yang dizalimi dan memohon maaf dan dimaafkan, jangan sebarkan video yang dia lakukan perkara tersebut.
BERITA TRENDING: Ibu Cupcake Aisyah Dihenyak Kritikan Gara-Gara Anak Didakwa Bercinta Dengan Ex-Boyfriend Leona
Ibu kepada Cupcake Aisyah, Sue Zarip bertindak membela anaknya susulan perkongsian Leona Azhar mengenai rakan baik yang dikatakan bercinta dengan bekas teman lelakinya selepas mereka berpisah
“Itu beza antara aib dan jenayah. Jenayah kena sebarkan, aib jangan sebarkan sebab dia dah bertaubat,” jelasnya.
Sekadar info, perkongsian Aeril Zafrel itu telah mencetuskan perdebatan antara wargamaya apabila ada segelintir yang berpendapat tindakan pelakon itu tidak wajar serta menyifatkan ia sebagai penyebaran ‘aib’.