,
Viral

“Sebenarnya Busana Itu Untuk Dinner Show, Namun…” – Rizman Ruzaini Kongsi Kronologi Kolaborasi Perdana Dengan Lady Gaga

Gempak
22/06/2024
08:20 MYT
Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai busana rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh penyanyi antarabangsa, Lady Gaga.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan semula oleh netizen, penyanyi popular itu dilihat mengenakan busana yang dihasilkan oleh Rizman Ruzaini ketika melangsungkan persembahan pada konsert residensinya di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Perekanya, Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini berkata, kolaborasi bersama dengan Lady Gaga bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen mereka di Dubai akhir tahun lalu.

Lady Gaga

“Segalanya bermula selepas Naomi Campbell mengayakan busana kami pada pertunjukan fesyen di Dubai tempoh hari. Tentulah, Naomi merupakan supermodel yang disegani, jadi apabila dia bersetuju nak pakai busana sesebuah jenama, maknanya pereka itu sudah ada ‘weight’.
“Jadi selepas dua, tiga hari Naomi pakai baju kami, kita dapat panggilan serta pertanyaan daripada agensi-agensi dari Hollywood. Dalam banyak-banyak panggilan itu merupakan jurugaya yang bekerja dengan penyanyi popular seperti Lady Gaga dan Beyonce,” katanya kepada Gempak.
Rizman menambah, selepas bertukar nombor telefon, dia pun memulakan proses rekaan seperti biasa selepas mendapat ukuran daripada agensi yang menghubunginya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wait They Are Not One Person?” Masih Ramai Tak Tahu Rizman Ruzaini Merupakan Dua Individu Berbeza!

ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini Bayar Naomi Campbell RM3 Juta Untuk Fashion Show Dubai - "Ibaratnya Beli Banglo Cash"

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini Tahun Depan! - "Kami Rasa Inilah Masanya ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini Tak Terkesan Kontroversi Aliff Aziz, Filter Provokasi Di Media Sosial! - "Nak Boikot? Kami Tak Salah"

ARTIKEL BERKAITAN: Bersaing Pelbagai Jenama Tudung Dalam Pasaran, Rizman Ruzaini; "Jenama Kami Ada Pengikut Yang Kuat"

Tambah Rizman, pada kebiasaan, selebriti luar negara akan mengenakan busana daripada pereka yang baru berkolaborasi dengan mereka untuk majlis kecil seperti majlis ‘dinner show’.
“Kami hantar busana berkenaan kepada agensi yang menguruskan busana Lady Gaga pada awal tahun ini. Perancangan asal, sebenarnya busana itu untuk dinner show sahaja.
“Namun, selepas sampai ke sana, pihak Lady Gaga beritahu yang tuan empunya badan mahu simpan dan pakai untuk majlis yang lebih besar. Katanya, busana tersebut terlalu ‘grand’ untuk dinner show.
“Jadi bila Lady Gaga pakai ketika konsertnya, kami berasa sangat teruja dan terkejut!” katanya lagi.
Di samping itu, Rizman menjelaskan yang dia tidak mengeluarkan wang untuk membolehkan rekaannya dipakai oleh Lady Gaga.

“Saya tidak keluarkan duit untuk Lady Gaga pakai busana kami, begitu juga dengan pihak Lady Gaga”, ujar Rizman yang menganggap kolaborasi itu sebagai pembina jambatan ke persada yang lebih tinggi.

Sebelum menutup perbualan, Gempak sempat bertanya adakah Rizman akan mereka busana untuk selebriti antarabangsa lain, jawab Rizman: “Memang ada, tapi kita lebih suka diam-diam sahaja. Sampai masa baru kita kongsi,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.
Sukan

Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

gempak
25/07/2024
13:37 MYT
Pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini yang dibarisi duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jami memperkenalkan koleksi busana yang diberi nama 'The Malaya' pada Khamis.
Berita

Olimpik Paris 2024: Celine Dion, Lady Gaga Hiasi Upacara Pembukaan?

gempak
24/07/2024
14:55 MYT
Bahang debaran temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kian terasa dengan upacara pembukaan bakal menjadi acara paling dinanti seluruh umat manusia dari seluruh pelosok dunia.
Gaya Hidup

Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

gempak
18/07/2024
09:13 MYT
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Hiburan

“Saya Ada Maruah Yang Perlu Dijaga…” - Bernard Chandran Tak Bayar Lady Gaga Untuk Pakai Rekaannya

gempak
05/07/2024
12:55 MYT
Lebih dari 30 tahun berada dalam industri fesyen, pereka fesyen Bernard Chandran, berkongsi  pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga  menggayakan rekaan bajunya.
Unitar