Laman Utama
Sedih Dengan Isu Ramai Buka Tudung, Ini Tiga Pesanan Khiriah…
Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa sedih melihat semakin ramai individu dalam kalangan dunia seni memilih untuk membuka tudung.
Sebagai seorang anak seni, Khiriah mengakui ahak terkesan dengan isu menanggalkan tudung yang dilihat bercanggah dengan tuntuan agama.
Walaupun menyedari dia tidak mempunyai hak untuk menilai namun sebagai saudara seagama, Khiriah mengambil tanggungjawab memberikan beberapa pesanan berbentuk nasihat.
Berikut merupakan tiga pesanan Khiriah:
#Hati Kena Kental
“Bukan tugas akak untuk menilai… Akak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik.
“Nak jadi macam yang itu yang ini. Sebolehnya hati kena kental dik… Kalau tak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada.
#Berdoa Semoga Dibuka Kembali Pintu Hati
“Sedih juga sbenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing. Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu.
“Cuma pesan akak bila dah puas kepok-kepokan cinta dan baju belahan dada, berdoalah berdoalah semoga dibukakan kembali pintu hidayah yang pernah dapat dulu.
#Hidup Kena Jaga Bukan Takat Aurat
“Akak pernah muda, pernah macam rasa sama macam adik-adik yang tengah bergelora sekarang ini.
“Pesan akak cuma satu, bila Allah dah bagi petunjuk dan hidayah, ambillah… Pegang kemas-kemas sebab tak semua dapat.
“Jangan sampai Allah murka tak nak pandang langsung, buruk padah dik. Ini berdasarkan pengalaman akak yang berdosa ni.
“Rupanya macam-macam hidup ini kena jaga bukan setakat aurat. Jangan sampai Allah tarik nikmat. Jaga diri semua. Berpesan pesanlag pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik,”
Dalam pada itu, pelakon hebat ini juga memohon maaf seandainya pesanan yang diberikan itu mengguris hati sesiapa.
“Maaf andai tulisan akak mengguris tapi akak sebagai saudara seislam, itulah tanggungjawab akak supaya bila ditanya Allah nanti… Sekurang-kurangnya Allah tahu akak dah pesan dekat sini, maaf sekali lagi,” coretnya dalam hantaran di Instagram.
Terdahulu, penyanyi Masya Masyitah membuat kejutan pada Ahad apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab dan menggayakan skirt beserta boot panjang.
Sebelum ini, Masya pernah dikecam kerana berpenampilan agak seksi selain mengenakan subang pada hidung sehingga digelar sebagai haiwan.
Namun, Masya mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen.