Laman Utama

Pintal Tudung Sampai Jadi Tocang, Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Gaya Hijab Masya Masyitah - “Tolonglah Jangan Dibuat Main Agama”

gempak
Izwan Isa
03/11/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
Pintal Tudung Sampai Jadi Tocang, Netizen ‘Panas Hati’ Tengok Gaya Hijab Masya Masyitah - “Tolonglah Jangan Dibuat Main Agama”
Penyanyi Masya Masyitah sekali lagi dihenyak dengan kritikan daripada pengikut di Instagram apabila memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan dirinya menggayakan hijab sehingga menyerupai tocang rambut.
Menerusi ruangan komen, ramai yang menasihati penyanyi lagi Halimunan itu untuk kembali mengenakan hijab seperti biasa dan tidak lagi terikut dengan gaya tudung yang pelik dan tidak selari dengan ajaran agama Islam.
“Tolonglah jangan dibuat main agama Islam kita sis. Nak pakai tudung, pakailah elok-elok. Aurat leher… public figure, ikutan remaja kini. Jadilah contoh yang baik.”
“Langkah-langkah nak terus buka memang awal ya dari fesyen yang pelik-pelik, turban, nampak leher dan terus buka. Harap jangan pilih yang bukan sebab anda dah originally orang kenal bertudung.”
“Kesian dia. Dia ingat style pakai macam ni. Tapi dia tak tau sebenarnya nampak buruk dan menyedihkan.”
Sebelum ini, Masya pernah dikecam kerana berpenampilan agak seksi selain mengenakan subang pada hidung sehingga digelar sebagai haiwan.
Namun, Masya mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live